Latest
Selamat Tahun Baru Cina
‘Selamat Tahun Baru Cina’ diucapkan kepada semua warga SMK Skudai serta semua ibu bapa .”Gong Xi Fa Cai’
Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Barisan Kepimpinan Pelajar SMK Skudai 2019
Tanggal 27 Januari 2019, sekolah SMK Skudai telah mengadakan ‘Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Barisan Kepimpinan Pelajar SMK Skudai bagi sesi 2019’. Majlis ini merangkumi semua barisan pengawas, pengawas pusat sumber, ketua dan penolong tingkatan serta barisan Majlis Perwakilan Pelajar tingkatan 6. Pada hari tersebut juga, penyampaian surat perlantikan bagi guru-guru disiplin dan guru pengawas bagi sesi 2019 juga dilaksanakan.
Pemberitahuan : Latihan Masa Cuti Pertengahan Penggal 2 Tahun 2018
Dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah menyediakan latihan masa cuti bagi Cuti Pertengahan Penggal 2 Tahun 2018 di VLE FROG SMK Skudai (https://jea1006.1bestarinet.net).
Cuti Pertengahan Penggal 2 Tahun 2018 bermula pada 17 Ogos 2018 (Jumaat) hingga 25 Ogos 2018 (Sabtu). Sekolah akan dibuka semula pada 26 Ogos 2018 (Ahad).
Panduan untuk memuat turun Latihan Masa Cuti dari VLE FROG SMK Skudai
Langkah 1 :
Log masuk https://jea1006.1bestarinet.net. Masukkan ID Yes dan kata laluan anda.
Langkah 2 :
Sebaik berjaya log masuk akaun VLE FROG anda, sila tekan butang yang ketiga pada dashboard switcher untuk mendapat paparan Laman Latihan Masa Cuti.
Langkah 3 :
Setelah anda telah berjaya mendapat paparan Laman Latihan Masa Cuti, pilih Tingkatan anda.
Langkah 4 :
Muat turun latihan bagi mata pelajaran yang anda pelajari dengan menekan pada setiap nama fail. Anda perlu mencetak latihan masa cuti dan menjawab semua soalan yang diberi.
Diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan masa cuti selama satu minggu ini dengan membuat ulangkaji pelajaran dan menyiapkan latihan masa cuti yang diberi oleh guru mata pelajaran.
Semoga pelajar senantiasa berada dalam keadaaan yang sihat sepanjang cuti sekolah. Ibubapa dan penjaga pula diharapkan dapat meluangkan lebih masa bersama anak-anak.
Pemberitahuan : Hari Terbuka SMK Skudai Bil 2 Tahun 2018
Kepada,
Ibu bapa / Penjaga,
Pelajar Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5,
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Hari Terbuka SMK Skudai Bil 2 Tahun 2018 akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 14 Julai 2018 (Sabtu)
Masa : 7.30 – 11.00 pagi
Tempat : SMK Skudai
Semoga dengan kehadiran tuan/puan dapat meningkatkan lagi kemajuan dan pencapaian anak tuan/puan dalam bidang akademik, sahsiah dan ko-kurikulum. Selain itu, diharapkan dapat mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa.
Sekian, terima kasih.
Pemberitahuan : Majlis Persaraan Pn. Hjh. Harison Bt Ishak
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Majlis Persaraan Pn. Hjh. Harison Bt Ishak akan diadakan mengikut ketetapan berikut.
Tarikh : 12 Julai 2018 (Khamis)
Masa : 7.15 – 9.00 pagi
Tempat : Dewan Terbuka PIBG, SMK Skudai
Lawatan Todo High School (Jepun) ke SMK Skudai
Tarikh : 12 Jun 2018 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Terbuka PIBG, SMK Skudai
Sasaran : 252 pelajar dari Todo High School dan 14 orang guru
Warga SMK Skudai berasa sangat berbesar hati menerima kunjungan seramai 252 orang pelajar dan 14 orang guru pengiring ke sekolah kita pada 12 Jun lepas. Rombongan dari Todo High School telah tiba di SMK Skudai pada jam 9.00 pagi sempena dengan International Immersion Programme.
Rombongan telah dihiburkan dengan persembahan montaj, tarian Singa, dan nyanyian lagu “Rasa Sayang”. Pihak Todo High School pula membuat persembahan tarian tradisional orang Jepun.
Kemudiannya, rombongan dibawa dalam kumpulan kecil oleh wakil-wakil pelajar SMK Skudai, untuk melawat lebih daripada 10 stesen yang telah disediakan. Melalui program ini, pelajar Jepun ini dapat lebih mengenali budaya kaum Melayu, Cina dan India, serta merasai sendiri pengalaman menimbang sepak takraw, bermain batu seremban, bermain congkak, menulis kaligrafi Cina, menganyam ketupat, melukis batik, membuat kolam kaum India dan banyak lagi.
Semoga program ini dapat mengeratkan hubungan antara SMK Skudai dan Todo High School.
Lagi gambar di Galeri SMK Skudai.
Lawatan Nanyo High School (Jepun) ke SMK Skudai
Tarikh : 11 Jun 2018 (Isnin)
Masa : 11.00 pagi – 1.30 petang
Tempat : Dewan Terbuka PIBG, SMK Skudai
Sasaran : 269 pelajar dari Nanyo High School dan 12 orang guru
Warga SMK Skudai berasa sangat berbesar hati menerima kunjungan seramai 269 orang pelajar dan 12 orang guru pengiring ke sekolah kita pada 11 Jun lepas. Rombongan dari Nanyo High School, Jepun, bertolak dari tempat penginapan di Singapura dan tiba pada jam 11.00 pagi sempena dengan International Immersion Programme.
Rombongan telah dihiburkan dengan persembahan montaj, tarian Singa, dan Silambam. Pihak Nanyo High School pula membuat persembahan nyanyian lagu “Mirai E”.
Kemudiannya, rombongan dibawa dalam kumpulan kecil oleh wakil-wakil pelajar SMK Skudai, untuk melawat lebih daripada 10 stesen yang telah disediakan. Melalui program ini, pelajar Jepun ini dapat lebih mengenali budaya kaum Melayu, Cina dan India, serta merasai sendiri pengalaman menimbang sepak takraw, bermain batu seremban, bermain congkak, menulis kaligrafi Cina, menganyam ketupat, melukis batik, membuat kolam kaum India dan banyak lagi.
Semoga program ini dapat mengeratkan hubungan antara SMK Skudai dan Nanyo High School.
Lagi gambar di Galeri SMK Skudai.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1439H
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang beragama Islam. Selamat bercuti kepada semua warga sekolah. Pastikan keselamatan semasa bercuti. Salam Aidilfitri!
Ikhlas daripada,
Barisan Pentadbir SMK Skudai
Tahniah SMK Skudai merangkul Tempat Kedua FrogPlay World Championships 2018 (Peringkat Kebangsaan Kategori Sekolah Menengah)
Tahniah di atas kejayaan SMK Skudai merangkul tempat kedua bagi Pertandingan FrogPlay World Championships 2018 Peringkat Kebangsaan (Kategori Sekolah Menengah)!
Kejayaan ini tidak mungkin dikecapi tanpa usaha dan kerjasama daripada semua warga SMK Skudai.
Skudai Boleh!