Month: February 2019

PELANCARAN PROGRAM BASMI DENGGI & GOTONG-ROYONG ‘SEARCH AND DESTROY’

Pada 20 Februari 2019, telah diadakan Pelancaran Program Basmi Denggi dan Program Gotong-Royong’ Search & Destroy’. Semua pasukan beruniform adalah terlibat. Pada hari tersebut juga, semua badan beruniform telah diberikan kawasan angkat masing-masing. Program ini diadakan bagi membasmi pembiakan nyamuk aedes di kawasan sekolah dan memberi kesedaran kepada semua warga SMK SKUDAI bahawa pentingnya menjaga alam sekitar untuk mengelak DENGGI.

Majlis Persaraan Ustazah Hajah Rokiah

Tanggal 14 Februari 2019, SMK SKUDAI telah kehilangan seorang guru yang sangat berkaliber, penyayang dan baik hati iaitu Ustazah Rokiah Binti Jambi. Beliau bersara setelah 30 tahun berkhidmat dalam arena pendidikan. Seorang pegawai pendidikan yang sangat komited dalam kerjayanya. Jasamu akan sentiasa kami kenang. TERIMA KASIH CIKGU!!!