Month: June 2018

Lawatan Todo High School (Jepun) ke SMK Skudai

Tarikh : 12 Jun 2018 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Terbuka PIBG, SMK Skudai
Sasaran : 252 pelajar dari Todo High School dan 14 orang guru

2018-06-12 Lawatan Todo High School Japan ke SMK Skudai

Warga SMK Skudai berasa sangat berbesar hati menerima kunjungan seramai 252 orang pelajar dan 14 orang guru pengiring ke sekolah kita pada 12 Jun lepas. Rombongan dari Todo High School telah tiba di SMK Skudai pada jam 9.00 pagi sempena dengan International Immersion Programme.

Rombongan telah dihiburkan dengan persembahan montaj, tarian Singa, dan nyanyian lagu “Rasa Sayang”. Pihak Todo High School pula membuat persembahan tarian tradisional orang Jepun.

Kemudiannya, rombongan dibawa dalam kumpulan kecil oleh wakil-wakil pelajar SMK Skudai, untuk melawat lebih daripada 10 stesen yang telah disediakan. Melalui program ini, pelajar Jepun ini dapat lebih mengenali budaya kaum Melayu, Cina dan India, serta merasai sendiri pengalaman menimbang sepak takraw, bermain batu seremban, bermain congkak, menulis kaligrafi Cina, menganyam ketupat, melukis batik, membuat kolam kaum India dan banyak lagi.

Semoga program ini dapat mengeratkan hubungan antara SMK Skudai dan Todo High School.

Lagi gambar di Galeri SMK Skudai.

Lawatan Nanyo High School (Jepun) ke SMK Skudai

Tarikh : 11 Jun 2018 (Isnin)
Masa : 11.00 pagi – 1.30 petang
Tempat : Dewan Terbuka PIBG, SMK Skudai
Sasaran : 269 pelajar dari Nanyo High School dan 12 orang guru

2018-06-11 Lawatan Nanyo High School Japan ke SMK Skudai

Warga SMK Skudai berasa sangat berbesar hati menerima kunjungan seramai 269 orang pelajar dan 12 orang guru pengiring ke sekolah kita pada 11 Jun lepas. Rombongan dari Nanyo High School, Jepun, bertolak dari tempat penginapan di Singapura dan tiba pada jam 11.00 pagi sempena dengan International Immersion Programme.

Rombongan telah dihiburkan dengan persembahan montaj, tarian Singa, dan Silambam. Pihak Nanyo High School pula membuat persembahan nyanyian lagu “Mirai E”. 

Kemudiannya, rombongan dibawa dalam kumpulan kecil oleh wakil-wakil pelajar SMK Skudai, untuk melawat lebih daripada 10 stesen yang telah disediakan. Melalui program ini, pelajar Jepun ini dapat lebih mengenali budaya kaum Melayu, Cina dan India, serta merasai sendiri pengalaman menimbang sepak takraw, bermain batu seremban, bermain congkak, menulis kaligrafi Cina, menganyam ketupat, melukis batik, membuat kolam kaum India dan banyak lagi.

Semoga program ini dapat mengeratkan hubungan antara SMK Skudai dan Nanyo High School.

Lagi gambar di Galeri SMK Skudai.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1439H

Selamat Hari Raya 2018

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang beragama Islam. Selamat bercuti kepada semua warga sekolah. Pastikan keselamatan semasa bercuti. Salam Aidilfitri!

Ikhlas daripada,
Barisan Pentadbir SMK Skudai

Pemberitahuan : Latihan Masa Cuti Pertengahan Tahun 2018

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah menyediakan latihan masa cuti bagi Cuti Pertengahan Tahun 2018 di VLE FROG SMK Skudai (https://jea1006.1bestarinet.net).

Latihan Masa Cuti Jun 2018

Cuti Pertengahan Tahun 2018 bermula pada 8 Jun 2018 (Jumaat) hingga 23 Jun 2018 (Sabtu). Sekolah akan dibuka semula pada 24 Jun 2018 (Ahad).

Panduan untuk memuat turun Latihan Masa Cuti dari VLE FROG SMK Skudai

Makluman : para pelajar diminta untuk memuat turun Latihan Masa Cuti sebelum 10 Jun 2018 (Ahad) atau selepas 16 Jun 2018 (Sabtu) ekoran kerja-kerja penaiktarafan sistem VLE FROG yang akan dijalankan bermula 10 Jun 2018 dan mungkin akan berlarutan sehingga 16 Jun 2018. Dalam tempoh masa tersebut, akses kepada VLE FROG akan disekat. Harap maklum.

Langkah 1 :
Log masuk https://jea1006.1bestarinet.net. Masukkan ID Yes dan kata laluan anda.

Latihan Masa Cuti Jun 2018

Langkah 2 :
Sebaik berjaya log masuk akaun VLE FROG pelajar, sila tekan butang yang ketiga pada dashboard switcher untuk mendapat paparan Laman Latihan Masa Cuti.

Latihan Masa Cuti Jun 2018

Langkah 3 :
Setelah anda telah berjaya mendapat paparan Laman Latihan Masa Cuti, pilih Tingkatan anda.

Latihan Masa Cuti Jun 2018

Langkah 4 :
Muat turun latihan bagi mata pelajaran yang anda pelajari dengan menekan pada setiap nama fail.
Pelajar perlu mencetak latihan masa cuti dan menjawab semua soalan yang diberi.

Latihan Masa Cuti Jun 2018

Diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan masa cuti selama dua minggu ini dengan membuat ulangkaji pelajaran dan menyiapkan latihan masa cuti yang diberi oleh guru mata pelajaran.

Semoga pelajar senantiasa berada dalam keadaaan yang sihat sepanjang cuti sekolah.  Ibubapa dan penjaga pula diharapkan dapat meluangkan lebih masa bersama anak-anak.