Month: April 2019

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform 2019


Pada 25-27 April 2019, perkhemahan perdana unit beruniform telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Skudai . Seramai 100 orang pelajar menyertai perkhemahan tersebut. 

PROGRAM JOM MEMBACA 10 MINIT

Pada 23 April 2019 , telah berlangsungnya ‘Program Jom Membaca 10 minit’. Program ini bertujuan untuk memupuk sikap suka membaca dikalangan warga SMK SKUDAI seterusnya menerapkan sifat avid reader dikalangan masyarakat di Malaysia . Pada jam 11.00 pagi telah dimulakan program membaca bagi semua tingkatan termasuk warga staf SMK SKUDAI 

KARNIVAL SAINS, MATEMATIK DAN TEKNIKAL

Pada 21 Arpil 2019, Karnival Sains, Matematik dan Teknik Vokasional telah diadakan di Dewan Terbuka PIBG SMK Skudai. Terdapat pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang minggu karnival tersebut. Majlis Perlancaran karnival ini telah dirasmikan oleh tuan pengetua SMK Skudai iaitu En. Razali bin Tamadi.

INOVATION COMPETITION

Tarikh: 9 April 2019

Tajuk projek : Futuristic Dustbin

Nama peserta: Muhd Insanul Kamil B Syaidul Azam, Sylvea Ann A/P Peter, Shalin Aideena Bt Amran, Lucas Pang Li Kang

Anugerah: Gold award

PERTANDINGAN KARNIVAL TINGKATAN 6 TAHUN 2019

Karnival tingkatan 6 telah diadakan pada 8 April di SMK Mutiara Rini. Pelajar sekolah kita telah mendapat

Johan: Pengucapan Awam (P)
Naib Johan: Pengucapan Awam (L)
Johan: Dart (kumpulan)
Ketiga: Drama Kemerdekaan
Ketiga: English Sketch

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan guru yang telah berjaya.

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SMK SKUDAI KALI KE- 32 TAHUN 2019

Sukan Tahunan SMK Skudai telah diadakan pada 4 APRIL 2019 (KHAMIS), 7.30 PAGI di PADANG SMK SKUDAI. Kita sangat bertuah kerana dapat menjemput YB TUAN HJ AMINOLHUDA BIN HJ HASSAN (EXCO HAL EHWAL AGAMA ISLAM & PENDIDIKAN) untuk merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan ini.

PERTANDINGAN KAWAD KAKI KRS

Kadet Remaja Sekolah SMK Skudai telah berjaya merangkul tempat ke-2 dalam Pertandingan Kawad Kaki KRS  Peringkat Daerah Johor Bahru yang berlangsung pada 3 April 2019 di SMK Nusajaya.

Tahniah diucapkan kepada para peserta kawad dan guru-guru penasihat KRS. Semoga SMK Skudai terus menempa kejayaan.