Logo-SMK-Skudai

Lencana sekolah dengan bentuk perisai dan cogan kata “BERILMU BERDISIPLIN BERJASA” menunjukkan matlamat utama sekolah.

(a) Kecemerlangan Akademik

(b) Kecemerlangan Kokurikulum

(c) Kecemerlangan Budi Pekerti

Pokok padi yang melambai dalam lencana melambangkan matlamat sekolah untuk melahirkan bakal-bakal pemimpin pada masa akan datang.

Obor pula melambangkan semangat yang gigih untuk mencapai kecemerlangan.

Manakala buku melambangkan ilmu yang menjadi teras dalam pembangunan diri setiap insan.

Warna sekolah ada dua, iaitu;

(a) Kuning bermaksud kemuliaan diri, taat setia kepada Raja dan Negara.

(b) Biru bermaksud kehormatan terjalin antara pelajar, guru dan anggota masyarakat berbilang kaum dan latar belakang kehidupan.

Cogan kata sekolah :

BERILMU BERDISIPLIN BERJASA

Membawa maksud “manusia yang berilmu hendaklah berbakti kepada masyarakat”.