PELANCARAN PROGRAM BASMI DENGGI & GOTONG-ROYONG ‘SEARCH AND DESTROY’

Pada 20 Februari 2019, telah diadakan Pelancaran Program Basmi Denggi dan Program Gotong-Royong’ Search & Destroy’. Semua pasukan beruniform adalah terlibat. Pada hari tersebut juga, semua badan beruniform telah diberikan kawasan angkat masing-masing. Program ini diadakan bagi membasmi pembiakan nyamuk aedes di kawasan sekolah dan memberi kesedaran kepada semua warga SMK SKUDAI bahawa pentingnya menjaga alam sekitar untuk mengelak DENGGI.