Latest

Sertai Peraduan My Power Teacher Sempena Hari Guru 2017

Bersempena dengan sambutan Hari Guru Tahun 2017, pihak INTI International University & Colleges kembali lagi dengan peraduan terbaru, iaitu peraduan My Power Teacher

Dalam peraduan atas talian ini, pelajar boleh menghantar dedikasi anda untuk guru-guru yang memiliki “power” atau kebolehan yang unik dalam menjalankan tugas mereka. Dua pemenang yang bertuah akan memenangi iPhone 7 Red edisi terhad!

Peraduan My Power Teacher 2017

Anda dan guru serba boleh anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah sampingan berikut.

Peraduan My Power Teacher 2017 - Hadiah

Pelajar yang ingin menyertai peraduan My Power Teacher, boleh melayari laman sesawang ini : http://www.mypowerteacher.com/.

Tarikh tutup pada 16 Mei 2017. Sekian, harap maklum!

Pemberitahuan : Pendaftaran Masuk Tingkatan Enam Bawah Tahun 2017

Pendaftaran Tingkatan 6 Tahun 2017

Pendaftaran masuk pelajar Tingkatan Enam Bawah bagi sesi 2017/2018 akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 2 Mei 2017 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Pusat Pengajian PraUniversiti (Blok F), SMK Skudai

Senarai perlu bawa semasa hari pendaftaran

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Salinan Sijil Kelahiran
  3. Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa
  4. Salinan Keputusan SPM
  5. Surat Tawaran Kemasukan
  6. Wang untuk Pendaftaran

Pakaian : Formal (Sila rujuk Etika Pakaian Murid Tingkatan 6)

Sekian harap maklum.

Keputusan Kejohanan Balapan dan Padang kali ke-30 Tahun 2017

Tarikh : 6 April 2017 (Khamis)
Masa : 7.35 pagi – 1.00 petang
Tempat : Padang SMK Skudai
Dirasmikan oleh : En. Shamsuddin Bin Ahmad (YDP PIBG SMK Skudai)

Keputusan Kejohanan

Olahragawan Sekolah
Naresh a/l Paramasieream 4EA1 (Bumi, 3 Emas 1 Perak)
Olahragawati Sekolah
Nurul Liyana Nabila Bt A. Razak 4P1 (Marikh, 1 Emas 2 Gangsa)
Olahragawan Harapan
Muhammad Nazreen Farhan B. Mohd Sham 2BST2 (Bumi, 3 Emas 1 Gangsa)
Olahragawati Harapan
Alia Batriesya Binti Zayanun 2PM1 (Zuhal, 3 Emas)

Tarik Tali (Lelaki)

  1. Johan : Bumi
  2. Naib Johan : Marikh

Tarik Tali (Perempuan)

  1. Johan : Marikh
  2. Naib Johan : Bumi

Perbarisan Unit Beruniform Sekolah

Johan : Kadet Remaja Sekolah (KRS)
Naib Johan : Briged Putera
Ketiga : Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)

Perbarisan Rumah Sukan

Johan : Zuhal
Naib Johan : Bumi

Hiasan Rumah Sukan

Johan : Marikh
Naib Johan : Neptune

Johan Sukantara
Johan Rumah Keseluruhan : Bumi

Pungutan Pingat

 EmasPerakGangsa
Bumi13813
Marikh101312
Zuhal996
Neptune687

Senarai Pemenang

AcaraEmasPerakGangsa
100 M L13Jonathan Anak Beny (Bumi)Chan Zhi Peng (Marikh)Daniel Hakhimi (Marikh)
100 M P13Roshiny a/p Kanapathy (Marikh)Siti Nur Saharah Binti Tarmiri (Zuhal)Yin Yoke Yuan (Neptune)
100 M L15Muhammad Nazreen Farhan B. Mohd Sham (Bumi)Kishen a/l Suresh (Marikh)Marcus Tan Kai Sheng (Bumi)
100 M P15Sharmila (Zuhal)Nur Hidayu Binti Jamil (Marikh)Nur Alia Suhada Binti Fauzi (Marikh)
100 M L18Tey Yu Heng (Zuhal)Naresh a/l Paramasieream (Bumi)Surai Kumar a/l Rajendran (Bumi)
100 M P18Hani Najihah Binti Ahmad Fadhil Fitri (Bumi)Shirlyn Tew Wen Xuan (Neptune)Nurul Liyana Nabila Bt A. Razak (Marikh)
4 x 100 M L13Bumi AMarikh AZuhal B
4 x 100 M P13Marikh BNeptune AMarikh A
4 x 100 M L15Neptune BMarikh AMarikh B
4 x 100 M P15Zuhal ABumi BZuhal B
4 x 100 M L18Bumi ABumi BMarikh A
4 x 100 M P18Neptune ANeptune BBumi A
TarikhMasaAcaraEmasPerakGangsa
28 Mac 20178.00 pagi200 M L13Jonathan Anak Beny (Bumi)Chan Zhi Peng (Marikh)Mohamad Danish Bin Mohamad Fairos (Neptune)
200 M P13Yin Yoke Yuan (Neptune)Periscilla Tiong Anak Peter (Neptune)Roshiny a/p Kanapathy (Marikh)
400 M L13Daniel Hakhimi (Marikh)Mohammad Afiq Bin Nordin (Zuhal)Muhammad Danial Aiman Bin Md Sham (Bumi)
400 M P13Farah Ain Amirah Binti Ramlee (Marikh)Yin Yoke Yuan (Neptune)Alisya Farzana Binti Muhamad Nizam (Marikh)
3.30 petang4 x 400 M L15Marikh ANeptune ABumi A
4 x 400 M P15Zuhal AMarikh BBumi B
4 x 400 M L18Bumi AMarikh BNeptune A
4 x 400 M P18Neptune BBumi AMarikh B
1500 M L15Ho Wei An (Bumi)Guruchintheaan a/l Telundy (Zuhal)Thinesh a/l Sundra Raj (Marikh)
1500 M P15Abirami a/p Saravanan (Marikh)Tan Yi Yun (Zuhal)Sharmila a/p Rajendran (Zuhal)
1500 M L18Kisho Kumar a/l Karunanithi (Marikh)Muhammad Aiman Yusuf (Neptune)Ibnu Sufian B Kamal Azman (Marikh)
1500 M P18Sathiyamalar a/p Paramasivan (Zuhal)Kasturi (Marikh)Berry Pun Pai Hui (Bumi)
29 Mac 20178.00 pagi4 x 400 M L13Neptune AZuhal AMarikh B
4 x 400 M P13Neptune AMarikh BZuhal A
3.30 petang200 M L15Muhammad Nazreen Farhan Bin Mohd Sham (Bumi)Addie Raynel (Marikh)Marcus Tan Kai Sheng (Bumi)
200 M P15Alia Batriesya Binti Zanayun (Zuhal)Kalaiarasi a/p Suraiya (Bumi)Nur Alia Suhada Binti Fauzi (Marikh)
200 M L18Suraikumar a/l Rajendran (Bumi)Tey Yu Heng (Zuhal)Muhammad Helmi (Bumi)
200 M P18Nurul Liyana Binti Nabilah (Marikh)Cindy Tan Sin Yee (Neptune)Berry Pun Pai Hui (Bumi)
400 M L15Kishen a/l Suresh (Marikh)Jagathesswaran a/l Vimalathithan (Bumi)Aiman Azmi Bin Adnan (Neptune)
400 M P15Tan Yi Yun (Zuhal)Nurkhairin Syafiqa Binti Cairul Yusuf (Zuhal)Noor Azhanee Bt Samsi (Bumi)
400 M L18Naresh a/l Paramasiream (Bumi)Tey Yu Heng (Zuhal)Harry Anak David (Bumi)
400 M P18Sathiyamalar a/p Paramasivan (Zuhal)Kasturi (Marikh)Cindy Tan Sin Yee (Neptune)
2KM Jalan Kaki L TerbukaHo Wei An (Bumi)Kishen Raj a/l Nathan (Bumi)Muhammad Aiman Yusuf (Neptune)
2KM Jalan Kaki P TerbukaSathiyamalar a/p Paramasivan (Zuhal)Leo Hui Qing (Bumi)Sharmila (Zuhal)

*Acara sebelum sukan pada 28 Mac 2017, jam 3.30 petang telah diadakan pada 30 Mac 2017 ekoran hujan.

Lagi gambar di Galeri SMK Skudai.

Pemberitahuan : Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017

Diharapkan para pelajar dapat membuat ulangkaji pelajaran sebagai persiapan untuk menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017 pada bulai Mei.

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017

Pelajar boleh merujuk Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017 di VLE FROG SMK Skudai (http://jea1006.1bestarinet.net). 

(9 Mei 2017) Perubahan :

1) Perhatian kepada semua pelajar tingkatan 1, 2, 4 dan 5.

Jadual PPT 2017 pada 18 Mei 2017 (Khamis) telah dianjakkan kepada 17 Mei 2017 (Rabu) ekoran sambutan Hari Guru 2017 peringkat sekolah pada 18 Mei 2017.

2) Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017 Tingkatan 1 dan 2 akan bermula pada 16 Mei dan tamat pada 24 Mei 2017.

Pertandingan Kawad Kaki Kor Kadet Polis 2017

Tarikh : 16 April 2017 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Kipmart Tampoi, Johor Bahru

Platun Lelaki telah berjaya mendapat tempat ke-3 manakala Platun Perempuan memperoleh tempat ke-4 dalam Pertandingan Kawad Kaki Kor Kadet Polis 2017.

Pertandingan Kawad Kaki Kor Kadet Polis 2017

Sekalung tahniah diucapkan kepada Pasukan Kadet Polis SMK Skudai di atas usaha gigih, dan kepada guru pengiring, Pn. Rohaila Othman dan Pn. Norlin Salleho, di atas sokongan kepada pelajar.

Kejohanan Balapan dan Padang MSSJ Tahun 2017

Tarikh : 27 hingga 31 Mac 2017 (Isnin hingga Jumaat)
Tempat : Kompleks Sukan UTHM, Batu Pahat

Kejohanan Olahraga MSSJ 2017 - Olahragawan Kejohanan MSSJ 2017

Peserta SMK Skudai, Visaagan A/L Krishnan dari tingkatan 5P2, telah mewakili kontinjen MSSD JB ke Kejohanan Balapan dan Padang MSSJ 2017 yang telah berlangsung di Kompleks Sukan UTHM dari 27 hingga 31 Mac 2017. 

Dalam kejohanan ini, Visaagan telah menyumbang tiga emas dan satu perak kepada kontinjen MSSD JB. Lebih manis, beliau telah mencipta rekod baru untuk acara 3000 M berhalangan (Kategori L18). Ekoran kejayaan memberangsangkan ini, beliau telah dinobatkan sebagai Peserta Terbaik Kategori L18 dan muncul Olahragawan Kejohanan MSSJ 2017

Acara yang dimenangi :

  1. 800 M L18 – Emas
  2. 1500 M L18 – Perak
  3. 3000 M Berhalangan L18 – Emas (RB)
  4. 4 x 400 M L18 – Emas

Kejohanan Olahraga MSSJ 2017 - Olahragawan Kejohanan MSSJ 2017

Tahniah diucapkan kepada Visaagan dan pasukan olahraga SMK Skudai!

Majlis Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tahun 2017

Tarikh : 2 April 2017 (Ahad)
Masa : 7.30 pagi (Sesi Pagi), 1.10 petang (Sesi Petang)
Tempat : Dewan Terbuka PIBG, SMK Skudai

Barisan PRS Sesi Pagi 2017
Barisan PRS Sesi Pagi 2017
Barisan PRS Sesi Petang 2017
Barisan PRS Sesi Petang 2017

Pendahuluan

Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) adalah untuk melatih para murid  untuk menguasai kemahiran membantu agar mereka dapat membantu rakan murid yang memerlukan pertolongan dari segi emosi, sosial mahupun mental di samping melatih mereka membantu diri sendiri.

Matlamat

1. Memberi pengiktirafan kepada murid yang terpilih
2. Memperkenalkan kepada murid – murid barisan PRS tahun 2017
3. Memberi contoh teladan kepada murid mengenai pelaksanaan majlis rasmi.

Objektif

1. Memberi pengiktirafan dan semangat PRS supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh bertanggungjawab.
2. Meningkatkan tahap motivasi murid yang terpilih untuk menjalankan tugas dengan baik.
3. Menggalakkan murid lain agar dapat mencontohi rakan – rakan yang terpilih.

Falsafah PRS

Sebagai Pembimbing Rakan Sebaya, anda perlu sentiasa menghayati falsafah Pembimbing Rakan Sebaya iaitu; “Membantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain”. Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk meningkatkan kecemerlangan diri. Oleh itu, anda seharusnya berusaha meningkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kreativiti dan keimanan.

Visi PRS

Menjadi Pembimbing Rakan Sebaya Yang Terbilang Di Malaysia.

Misi PRS

Membangun Diri Dan Orang Lain Supaya Trampil Lebih Berkesan.

Lagi gambar di Galeri SMK Skudai.

Pencalonan Guru Paling Popular SMK Skudai Tahun 2017

Pencalonan Guru Paling Popular SMK Skudai sempena dengan Sambutan Hari Guru Tahun 2017 akan dibuka pada 16 April 2017 (Ahad). Pelajar SMK Skudai dialu-alukan untuk membuat pencalonan secara atas talian di laman VLE FROG SMK Skudai (http://jea1006.1bestarinet.net).

Pencalonan Anugerah Guru Paling Popular 2017

Panduan Mengisi Borang Pencalonan
1. Sebaik berjaya log masuk akaun VLE FROG pelajar, anda akan mendapat paparan Dashboard sekolah.
2. Klik pada pautan “Laman Khas Hari Guru 2017”.
3. Klik pada pautan “Pencalonan Guru Paling Popular 2017”.
4. Calonkan lima nama guru paling popular dan tekan butang “SUBMIT” untuk hantar pencalonan anda.

Panduan Mengisi Pencalonan Anugerah Guru Paling Popular 2017

Tarikh tutup pencalonan adalah pada 6 Mei 2017 (Sabtu).
12 pemenang guru paling popular akan diumumkan semasa Majlis Sambutan Hari Guru 2017.

Sekian, harap maklum.

Pertandingan Kawad Kaki KRS Perempuan Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 2017

Tarikh : 9 April 2017 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi – 3.00 petang
Tempat : SMK Nusajaya, Johor Bahru

Pertandingan Kawad Kaki KRS Perempuan Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 2017 Pertandingan Kawad Kaki KRS Perempuan Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 2017 Pertandingan Kawad Kaki KRS Perempuan Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 2017

Sebanyak 9 buah pasukan yang bertanding dalam Pertandingan Kawad Kaki KRS Perempuan Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 2017. SMK Skudai telah berjaya merangkul Johan dan akan mara ke peringkat negeri mewakili daerah Johor Bahru pada 23 April 2017.

Tahniah kepada pasukan KRS perempuan SMK Skudai dan terima kasih kepada guru pengiring, Pn. Nurul Iman Abdullah, Pn. Rashidah Md Rasip dan Pn. Sharmizal Suhaidal.