Latest

SMK Skudai muncul 10 Sekolah Terbaik FrogPlay Championship 2017

Masih segar dengan kejayaan mengungguli Carta 20 Sekolah Terbaik bagi Pertandingan FrogPlay Championship 2017 pada bulan lepas. SMK Skudai sekali lagi menerima berita baik daripada pihak Frogasia, yang memaklumkan bahawa sekolah kita telah berjaya mara ke peringkat seterusnya iaitu memasuki carta 10 Sekolah Terbaik!

Carta Kedudukan Top 10 FrogPlay Championship 11 Jun hingga 11 Ogos 2017

Untuk peringkat ini, 10 sekolah yang terpilih akan membentangkan cerita mereka kepada barisan juri Frogasia melalui Google Hangout bermula pada 11 September – 22 September 2017. Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga akan ditentukan daripada sesi wawancara ini. 

Jom, doakan kejayaan SMK Skudai di peringkat seterusnya.

Selamat Bertugas di Tempat Baharu, Tuan Pengetua

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Tuan Pengetua SMK Skudai, Pn Zuraidah Binti Said, akan bertugas sebagai Pengetua di SMK (P) Sultan Ibrahim (SIGS), Johor Bahru bermula 10 September 2017 (Ahad).

Salam Perpisahan Pn Zuraidah
Seluruh warga sekolah SMK Skudai mengucapkan selamat bertugas dan mencurah bakti di sekolah baharu. Segala jasa Tuan Pengetua selama hampir 3 tahun di sini akan kami kenang sampai bila-bila. Terima kasih, Tuan Pengetua!

Bengkel Pembuatan dan Pemasangan Tangan 3D

Tarikh : 5 September 2017 (Selasa)
Tempat : Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan, UTM
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang

Bengkel Pembuatan dan Pemasangan Tangan 3D

Bengkel Pembuatan dan Pemasangan Tangan 3D

Bengkel Pembuatan dan Pemasangan Tangan 3D

Guru Pengiring : Pn. Noridah dan Pn. Teh Kalsom

Pelajar terlibat:
1. Muhammad Insanul Kamil bin Syaidul Azam – 1PM2
2. Muhamad Aqil Najwan bin Abd. Halim- 1PM2
3. Syaza Syakinah bte Mohamad Saad – 1BST1
4. Vinothini a/p Chandra Mohan- 1PM1
5. Manisha a/p Kumarevelan – 1PM1
6. See Xiao Qing – 1PM1

Top 10 Pelajar Paling Aktif FrogPlay bagi Bulan Ogos Tahun 2017

Berikut merupakan senarai 10 teratas Pelajar Paling Aktif menggunakan FrogPlay sepanjang bulan Ogos Tahun 2017. Untuk pengetahuan, FrogPlay merupakan aplikasi ulangkaji dalam Frog VLE yang berkonsepkan gamifikasi.

Pelajar Paling Aktif FROG Play SMK Skudai 08-2017

Bilangan jam penggunaan FrogPlay sepanjang bulan Ogos Tahun 2017 adalah berjumlah 2048 Jam 29 Minit. Ia merupakan rekod kedua tertinggi. Bulan Julai mencatatkan rekod tertinggi iaitu sebanyak 5052 Jam 07 Minit.

FrogPlay Monthly Usage Status 08-2017

Tahniah kepada pelajar yang mengoptimumkan penggunaan FrogPlay khasnya dan amnya VLE FROG. Semoga pelajar terus melakukan pembelajaran kendiri menggunakan FrogPlay.

Pemberitahuan : 4 September merupakan Cuti Umum Khas

4 September 2017 Cuti Umum Khas

4 September 2017 (Isnin) telah diisytiharkan sebagai cuti umum khas sempena kejayaan Malaysia menjuarai Sukan SEA 2017. Kontinjen Negara kita telah berjaya memungut sebanyak 145 pingat emas dalam kejohanan ini. Syabas diucapkan!

Sekolah akan dibuka pada 5 September 2017 (Selasa). Sekian, harap maklum.

Pemberitahuan : Latihan Masa Cuti Pertengahan Penggal 2 Tahun 2017

Latihan Masa Cuti Ogos 2017

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah menyediakan latihan masa cuti bagi Cuti Pertengahan Penggal 2 Tahun 2017 di VLE FROG SMK Skudai (https://jea1006.1bestarinet.net).

Cuti Pertengahan Penggal 2 Tahun 2017 bermula pada 25 Ogos 2017 (Jumaat) hingga 3 September 2017 (Ahad). Sekolah akan dibuka semula pada 4 September 2017 (Isnin).

Kemaskini 31 Ogos 2017 : Sekolah akan dibuka semula pada 5 September 2017 (Selasa) ekoran kejayaan Malaysia menjuarai kejohanan Sukan SEA 2017.

Panduan untuk memuat turun Latihan Masa Cuti dari VLE FROG SMK Skudai

Langkah 1 :
Log masuk https://jea1006.1bestarinet.net. Masukkan ID Yes dan kata laluan.
*Jika lupa ID YES atau kata laluan, sila dapatkan dari http://smkskudai.edu.my/carian-id-yes-pelajar/.

Latihan Masa Cuti Ogos 2017

Langkah 2 :
Sebaik berjaya log masuk akaun VLE FROG pelajar, sila tekan butang yang ketiga pada dashboard switcher untuk mendapat paparan Laman Latihan Masa Cuti.

Latihan Masa Cuti Ogos 2017

Langkah 3 :
Setelah anda telah berjaya mendapat paparan Laman Latihan Masa Cuti, pilih Tingkatan anda.

Latihan Masa Cuti Ogos 2017

Langkah 4 :
Muat turun latihan bagi mata pelajaran yang anda pelajari dengan menekan pada setiap nama fail.
Pelajar perlu mencetak latihan masa cuti dan menjawab semua soalan yang diberi.

Latihan Masa Cuti Ogos 2017

Diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan masa cuti selama satu minggu ini dengan membuat ulangkaji pelajaran dan menyiapkan latihan masa cuti yang diberi oleh guru. Ibubapa dan penjaga pula diharapkan dapat meluangkan lebih masa dengan anak-anak.

Tawaran Sebut Harga Kantin Sekolah SMK Skudai 2018

Tawaran Sebut Harga Kantin SMK Skudai 2018

Kepada yang berminat, boleh mendapatkan borang dan syarat permohonan di pejabat SMK Skudai, mulai 1 hingga 28 September 2017. Tarikh tutup penghantaran borang adalah pada 28 September 2017, jam 12.00 tengahari.

Tawaran Sebut Harga Kantin Sekolah SMK Skudai 2018

SMK Skudai mengungguli Carta 20 Sekolah Terbaik Pertandingan FrogPlay Championship 2017

Tahniah diucapkan kepada SMK Skudai di atas kejayaan mengungguli Carta 20 Sekolah Terbaik Peringkat Kebangsaan (11 Jun – 11 Ogos 2017) untuk Pertandingan FrogPlay Championship 2017. 

Carta Kedudukan Top 30 FrogPlay Championship 11 Jun hingga 11 Ogos 2017

Kejayaan ini sangat bermakna kerana berjaya mencapai target yang telah ditetapkan semasa Majlis Pelancaran FrogPlay Championship 2017 peringkat sekolah pada 18 Jun lalu.

Target FrogPlay Championship SMK Skudai

Ucapan tahniah juga kepada 3 lagi wakil Johor :
1. SK Felda Lok Heng Selatan, Kota Tinggi
2. SK Taman Bukit Indah, Johor Bahru
3. SK Kompleks Uda, Johor Bahru.

Untuk peringkat seterusnya, sekolah akan berkongsi cerita tentang inisiatif mereka dalam meningkatkan penggunaan FrogPlay. Cerita terbaik akan ke peringkat selanjutnya.

Jom, doakan kejayaan SMK Skudai di peringkat seterusnya.

Top 10 Pelajar Paling Aktif FrogPlay bagi Bulan Julai Tahun 2017

Berikut merupakan senarai 10 teratas Pelajar Paling Aktif menggunakan FrogPlay sepanjang bulan Julai Tahun 2017. Untuk pengetahuan, FrogPlay merupakan aplikasi ulangkaji dalam Frog VLE yang berkonsepkan gamifikasi.

Pelajar Paling Aktif FROG Play SMK Skudai 07-2017

Bilangan jam penggunaan FrogPlay sepanjang bulan Julai Tahun 2017 adalah berjumlah 5052 Jam 07 Minit! Peningkatan lebih sepuluh kali ganda berbanding penggunaan bulan Jun!

FrogPlay Monthly Usage Status 07-2017

Tahniah kepada pelajar yang mengoptimumkan penggunaan FrogPlay khasnya dan amnya VLE FROG. Semoga anda terus menggunakan aplikasi ulangkaji ini bagi mencerahkan peluang SMK Skudai untuk disenarai pendek antara 20 buah sekolah (peringkat kebangsaan) yang paling aktif menggunakan FrogPlay dalam FrogPlay Championship 2017. Pertandingan tamat pada 11 Ogos 2017.

Target FrogPlay Championship SMK Skudai