Pendaftaran Kokurikulum Tahun 2021 bagi murid Tingkatan 5 (2021) akan dijalankan secara atas talian dari jam 8 pagi, 31 Januari 2021 (Ahad) sehingga jam 8 malam, 4 Februari 2021 (Khamis).
Berikut merupakan perkara yang perlu diambil perhatian oleh murid sebelum mengisi borang pendaftaran Kokurikulum 2021.
- Borang pendaftaran Kokurikulum ini hanya dibuka kepada murid Tingkatan 5 (2021) SMK Skudai.
- Murid adalah WAJIB untuk menggunapakai ID DELIMa (m-xxxxxxxx@moe-dl.edu.my) bagi tujuan pendaftaran.
- Murid hendaklah mendaftar SATU Unit Beruniform dan SATU Rumah Sukan mengikut unit yang telah didaftar pada tahun lepas. (Sebarang pertukaran adalah TIDAK DIBENARKAN).
- Murid hendaklah mendaftar SATU Kelab/Persatuan dan SATU Sukan/Permainan (Dibenarkan untuk MEMBUAT PILIHAN).
- Pendaftaran boleh dilakukan SEKALI sahaja bagi setiap murid dan tiada sebarang PINDAAN boleh dilakukan selepas murid telah mendaftar.
- Jika murid menghadapi kesulitan ketika melakukan pendaftaran, sila rujuk dengan guru tingkatan masing-masing.
Pautan borang pendaftaran akan diberi melalui Group Whatsapp/Telegram kelas.
Sila daftar awal bagi mengelakkan kekecewaan kerana bilangan ahli bagi unit kokurikulum Kelab & Persatuan dan Sukan & Permainan, adalah dihadkan.
Tempoh pengisian: Jam 8 pagi, 31 Januari 2021 (Ahad) sehingga Jam 8 malam, 4 Februari 2021 (Khamis)
Semakan ID DELIMa boleh dilakukan melalui pautan ini.
Kemaskini 4hb Februari 2021:
Tempoh pendaftaran dilanjutkan sehingga Jam 8 malam, 9 Februari 2021 (Selasa).