Pendaftaran Kokurikulum Tingkatan 2 dan 3 secara Atas Talian bermula 15 – 20 Februari 2021

Pendaftaran Kokurikulum Tingkatan 2 dan 3 secara Atas Talian bermula 15 – 20 Februari 2021

Pendaftaran Kokurikulum Tahun 2021 bagi murid Tingkatan 2 dan 3 akan dijalankan secara atas talian dari jam 8 pagi, 15 Februari 2021 (Isnin) sehingga jam 8 malam, 20 Februari 2021 (Sabtu).

Pendaftaran Kokurikulum Online 2021 SMK Skudai - Ting 2 dan 3

Berikut merupakan perkara yang perlu diambil perhatian oleh murid sebelum mengisi borang pendaftaran Kokurikulum 2021.

  1. Borang pendaftaran Kokurikulum ini hanya dibuka kepada murid Tingkatan 2 dan 3 SMK Skudai.
  2. Murid adalah WAJIB untuk menggunapakai ID DELIMa (m-xxxxxxxx@moe-dl.edu.my) bagi tujuan pendaftaran.
  3. Murid hendaklah mendaftar SATU Unit Beruniform dan SATU Rumah Sukan mengikut unit yang telah didaftar pada tahun lepas. (Sebarang pertukaran adalah TIDAK DIBENARKAN).
  4. Murid hendaklah mendaftar SATU Kelab/Persatuan dan SATU Sukan/Permainan (Dibenarkan untuk MEMBUAT PILIHAN).
  5. Pendaftaran boleh dilakukan SEKALI sahaja bagi setiap murid dan tiada sebarang PINDAAN boleh dilakukan selepas murid telah mendaftar.
  6. Jika murid menghadapi kesulitan ketika melakukan pendaftaran, sila rujuk dengan guru tingkatan masing-masing.

Pautan borang pendaftaran akan diberi melalui Group Whatsapp/Telegram kelas.

Sila daftar awal bagi mengelakkan kekecewaan kerana bilangan ahli bagi unit kokurikulum Kelab & Persatuan dan Sukan & Permainan, adalah dihadkan.

Tempoh pengisian: Jam 8 pagi, 15 Februari 2021 (Isnin) sehingga jam 8 malam, 20 Februari 2021 (Sabtu)

Semakan ID DELIMa boleh dilakukan melalui pautan ini.