1. Bagaimana untuk mengaktifkan 1Bestarinet ID / Yes ID saya?

J : Rujuk Langkah-langkah mengaktifkan Yes ID Pelajar.

2. 1Bestarinet ID / Yes ID saya telah aktif, bagaimana untuk log masuk domain sekolah?

J : Sila layari http://jea1006.1bestarinet.net

3. Bagaimana menukar kata laluan FROG VLE saya? (Para pelajar diminta untuk menggunakan nombor kad pengenalan sebagai kata laluan yang baru. Contoh : 020231015351, tanpa tanda – ).

J : Rujuk Langkah-langkah menukar kata laluan FROG VLE.

4. Saya telah lupa YES ID dan kata laluan saya.

J : Anda boleh semak YES ID dan kata laluan di sini. Anda akan diminta untuk memasukkan No. Kad Pengenalan anda.

5. Bagaimana untuk menyemak jadual waktu kelas saya?

J :
1. Sebaik berjaya log masuk akaun FROG VLE pelajar, sila tekan butang yang ketiga pada dashboard switcher untuk mendapat paparan Dashboard sekolah.
2. Klik pada “Jadual Waktu” pada menu utama.
3. Pilih tingkatan anda.

Dashboard Sekolah - Jadual Waktu Kelas (Terbaru)

6. Bagaimana untuk menyemak Ranking Mingguan pelajar yang paling aktif?

J :
1. Sebaik berjaya log masuk akaun FROG VLE pelajar, sila tekan butang yang ketiga pada dashboard switcher untuk mendapat paparan Dashboard sekolah.
2. Klik pada “Ranking FROG VLE” pada menu utama.
3. Pilih bulan dan tarikh yang ingin disemak.

Dashboard Sekolah - Ranking FROG VLE

6. Bagaimana untuk menyemak Jadual Peperiksaan?

J :
1. Sebaik berjaya log masuk akaun FROG VLE pelajar, sila tekan butang yang ketiga pada dashboard switcher untuk mendapat paparan Dashboard sekolah.
2. Klik pada “Kurikulum” pada menu utama.
3. Klik pada peperiksaan berkenaan.
4. Pilih Tingkatan anda.

Dashboard Sekolah - Jadual Ujian 1 2016