Tarikh : 15 Julai 2017 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi – 3.00 petang
Tempat : Dewan Banquet, UTM
Sekolah SMK Skudai telah menghantar 5 kumpulan (seramai 15 pelajar) ke pertandingan Johor Young Innovators Challenge 2017 yang telah berlangsung di Dewan Banquet, UTM pada 15 Julai 2017.
1. STAR – Tan Xu Heng (4SN1), Soon Chee Ning (4SN1), Ramesis Chong (4SN2)
2. UNITED – Ko Zhi Wei (4EA1), Sharvina Murthy (4SN2), Mohammad Syahrul Hawapi (4SN2)
3. Unrevealed – Amelia Adrina (4SN1), Azri Azizan (4SN1), Saumya (4SN2)
4. Newtons – Shujitha Surash (4SN3), Vivian Arul Xavier (4SN2), Davanya Morgan (4SN2)
5. Createcess – Adibah Aida (3PM1), Shakina (3PM1), Nur Syahira Edriyana (3PM1)
Lebih daripada 70 kumpulan dari sekolah-sekolah seluruh Johor telah membawa projek inovatif masing-masing ke pertandingan ini. Salah satu kumpulan sekolah kita telah mendapat pingat gangsa. Tahniah kepada kumpulan UNITED!
Semoga pengalaman yang diperolehi daripada pertandingan ini dapat membantu para peserta untuk mencipta kejayaan dalam bidang yang diceburi kelak. Terima kasih kepada guru pembimbing, Pn. Siti Rahmah, Pn. Rohaila Othman, Pn. Annie Suziana dan En. Yu Kok Hui, di atas bimbingan kepada pelajar. Dan tidak lupa juga kepada Mentor dari UTM, iaitu saudara Revinthiren, di atas segala tunjuk ajar.
Lagi gambar di Galeri SMK Skudai.