Dewan Terbuka SMK Skudai

Projek Pembinaan Dewan Terbuka telah bermula pada bulan Disember 2014 dan sekarang dewan ini telah siap sepenuhnya pada awal bulan Mei. Dewan ini mempunyai keluasan 100 x 100 kaki dan boleh menampung hampir 1300 orang pelajar.

Dewan ini digunakan sebagai tempat untuk perhimpunan harian bagi pelajar sesi pagi dan sesi petang. Selain dari itu, ia boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti kokurikulum yang lain seperti kawat kaki, tempat membuat persembahan pelajar, sambutan untuk program peringkat sekolah, malah dapat digunakan sebagai tapak aktiviti perkhemahan. Pendek kata, ia dapat digunakan untuk sebarang aktiviti di luar bilik darjah.

Dewan Terbuka SMK Skudai
Dewan Terbuka SMK Skudai telah digunakan secara rasminya pada 10 Mei 2015

Walaubagaimanapun, dewan ini masih belum lengkap dengan kemudahan lampu, kipas dan pembesar suara. Justeru itu, kita masih memerlukan sumbangan untuk tujuan tersebut.

Apapun, bagi pihak ahli jawatankuasa PIBG, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibubapa dan para dermawan yang memberi sumbangan untuk menjayakan pembinaan dewan terbuka ini. Semoga apa yang kita rencanakan mendapat keberkatan Allah swt. Apa yang kita sumbangkan hari ini telah memberi kebaikan kepada anak-anak kita pada hari esoknya. Terima kasih semua.

Sekian.

MARZUKI B. IDRIS
Setiausaha
PIBG
SMK Skudai