Vaksinasi COVID-19 khas untuk murid Tingkatan 1, 2 dan 3 yang bersekolah di SMK Skudai akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Murid dikehendaki untuk hadir mengikut slot pemberian vaksin yang telah ditetapkan.
Berikut merupakan pelan lantai laluan proses vaksinasi SMK Skudai.
Perkara yang perlu diambil perhatian:
šMurid yang telah menerima temujanji suntikan vaksin dalam aplikasi MySejahtera dikehendaki untuk klik pengesahan temujanji.
šMurid yang tidak menerima temujanji dalam aplikasi MySejahtera juga boleh hadir untuk mendapatkan suntikan vaksin
šSila bawa kad pengenalan, telefon, pen dan borang persetujuan yang telah dilengkapkan
šSila hadir bersama salah seorang ibu/bapa/wakil (18 tahun ke atas dan isi borang wakil)
šIbu/bapa/wakil tidak dibenarkan masuk ke bilik suntikan
šSemasa murid diberi suntikan, ibu/bapa/wakil boleh menunggu di kafe minda/kantin
šMurid yang tidak sihat tidak perlu hadir (suhu 37.5 ke atas akan diarahkan balik)
šMesti berpakaian sopan dan tidak ketat di bahu (baju PJPK atau KrMJ)
šDigalakkan untuk memakai double mask dan bawa hand sanitizer
šSila patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP)
šSila pastikan nombor telefon murid telah didaftarkan dalam aplikasi MySejahtera