You are currently viewing Sambutan Tahun Baru Cina Tahun 2023

Sambutan Tahun Baru Cina Tahun 2023

Sekolah kita akan meraikan Tahun Baru Cina bersama semua guru serta pelajar sesi pagi dan petang pada 2 februari 2023, 12 tengah hari di Dewan Terbuka, SMK Skudai.

Gambar-gambar kenangan boleh merujuk pada menu profil, bahagian galeri.

Sambutan ini adalah bertujuan untuk membolehkan warga sekolah mengenali dan memahami budaya kaum lain seterusnya menghormati keunikan kepelbagaian kaum dengan menyerikan perayaan sambutan kaum lain dalam suasana muhibbah.
Semoga penganjuran sambutan Tahun Baru Cina dapat membina semangat bekerjasama yang tinggi dalam kalangan warga sekolah. Seterusnya, dapat memupuk perpaduan dan semangat cinta akan negara melalui aktiviti yang dianjurkan.