Kami Pelajar Sekolah Menengah Skudai
Dengan Semangat Yang Berkobar-Kobar
Bersatu Hati Serta Berikrar
Menuntut Ilmu Hingga Tercapai

Taat dan Rajin Serta Giat Berusaha
Tabahkan Hati Teguh Cita-Cita
Jaga Disiplin Dan Tutur Kata
Usah Membuang Masa

Ajaran Guru Mesti Dipatuhi
Sentiasa Berbakti
Ubahlah Sikap Berbudi Tinggi
Pandai Menjaga Diri

Berjuang Menuju ke Puncak Kejayaan
Jasa Yang Baik Tetap Dikenang
Sekolah Skudai Indah Dan Aman
Harum Sepanjang Zaman

Lagu ciptaan:
En. Johari Ghazali
Band Instructor, Music of Ecac.,
Ministry of Education, Singapore.

Lirik ciptaan:
En. Othman bin Abdullah
Bekas Pengetua SMK Skudai, Johor Bahru.