You are currently viewing Majlis Apresiasi Pengawas Pusat Sumber dan Kru TV PSS

Majlis Apresiasi Pengawas Pusat Sumber dan Kru TV PSS

Pengawas Pusat Sumber merupakan aset penting dalam perjalanan program Pusat Sumber. Malah, peranan yang dimainkan oleh Pengawas Pusat Sumber (PPS) dilihat memberi impak positif dalam kejayaan pelbagai program yang dianjurkan. Secara tidak langsung, kemenjadian murid dari segi keyakinan, pengurusan program dan disiplin dapat diterapkan.

Penglibatan Kru TV PSS juga tidak kurang hebatnya kerana memainkan peranan yang dominan dalam mendokumentasikan peristiwa penting di sekolah secara digital.

Menyedari kepentingan ini, Majlis Apresiasi PPS dan Kru TV PSS dirancang bagi menghargai peranan mereka sepanjang sesi 2022/2023.

Gambar-gambar kenangan boleh dilihat di menu profil, bahagian galeri.