You are currently viewing Selamat Kembali ke Sekolah bagi Sesi Persekolahan Tahun 2021

Selamat Kembali ke Sekolah bagi Sesi Persekolahan Tahun 2021

Selamat kembali ke sekolah bagi sesi persekolahan tahun 2021!

Banner Selamat Kembali ke Sekolah 2021 SMK Skudai

Semua murid Tingkatan 5/2020 dan Tingkatan 6 akan memulakan persekolahan secara bersemuka mulai 20 Januari 2021 (Rabu).

Manakala murid Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5/2021 akan memulakan persekolahan pada tarikh yang sama tetapi secara dalam talian melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Terlebih dahulu, murid Tingkatan 1 akan mengikuti Webinar Program Orientasi Tingkatan 1 secara atas talian yang akan berlangsung pada 20 dan 21 Januari 2021 di Saluran Youtube SMK Skudai.