Berikut merupakan senarai 10 teratas Pelajar Paling Aktif menggunakan FrogPlay sepanjang bulan Jun Tahun 2017. Untuk pengetahuan, FrogPlay merupakan aplikasi ulangkaji dalam Frog VLE yang berkonsepkan gamifikasi.
Bilangan jam penggunaan FrogPlay sepanjang bulan Jun Tahun 2017 adalah berjumlah 388 Jam 50 Minit! Peningkatan hampir sekali ganda berbanding penggunaan bulan Mei.
Tahniah kepada pelajar yang mengoptimumkan penggunaan FrogPlay khasnya dan amnya VLE FROG. Semoga anda terus menggunakan aplikasi ulangkaji ini bagi mencerahkan peluang SMK Skudai untuk disenarai pendek antara 20 buah sekolah (peringkat kebangsaan) yang paling aktif menggunakan FrogPlay!
Ikuti langkah-langkah berikut untuk menggunakan FrogPlay dalam VLE FROG.
Untuk akses FrogPlay, dalam Dashboard Sekolah, (1) klik pada ikon Quick Launch, kemudian pilih (2) FrogPlay.
Anda akan mendapat paparan Student Room FrogPlay. (3) Klik pada skrin monitor untuk menjawab kuiz.
Layari VLE FROG SMK Skudai di http://jea1006.1bestarinet.net.
Untuk menyemak ID YES dan kata laluan anda, sila rujuk halaman ini.