SMK Skudai muncul Naib Johan Kejohanan Badminton Warga Pendidik Piala PPD Johor Bahru 2017

Tahniah diucapkan kepada pasukan SMK Skudai di atas kejayaan muncul Naib Johan dalam Kejohanan Badminton Warga Pendidik Piala PPD Johor Bahru 2017.

Kejohanan Badminton Warga Pendidik Piala PPD Johor Bahru 2017

Perlawanan akhir telah berlangsung pada 4 Oktober 2017 (Rabu) bertempat di Daiman Sports Centre Sri Skudai, Taman Sri Skudai. Nasib tidak menyebelahi pasukan SMK Skudai apabila tewas kepada pasukan SMK Mutiara Rini 1 dengan keputusan 1 – 4. Namun begitu, semangat kesukanan yang telah ditunjukkan oleh para guru yang mewakili pasukan sekolah kita wajar dicontohi.

Rekod Perlawanan SMK Skudai

PeringkatPerlawananKeputusan
Kumpulan CSMK Skudai lwn SMK BBUMenang 5 - 0
SMK Skudai lwn ConventMenang 4 - 1
SMK Skudai lwn MSABMenang 3 - 2
SMK Skudai lwn SMK Selesa Jaya 2Kalah 2 - 3
SMK Skudai lwn SMK Damansara AlifMenang 4 - 1
Suku AkhirSMK Skudai lwn SMK TSNIMenang 4 - 1
Separuh AkhirSMK Skudai lwn SMK Selesa JayaMenang 3 - 2
AkhirSMK Skudai lwn SMK Mutiara RiniKalah 1 - 4

Senarai Pemain

  1. En. Mohd Naim Haikal Bin Pauzi
  2. En. Wan Adha Bin Wan Hanaffee
  3. En. Ku Mohd Syaidy Bin Ku Yahya
  4. En. Muhamad Azfar Bin Haris
  5. En. Ahmad Zainal Bin Mohamad
  6. Pn. Asmah Binti Yunos
  7. En. Mohd Rosli Bin Che Hamid
  8. En. Saifulazri Bin Sahip
  9. En. Che Mohammad Hishamuddin Bin Che Seman
  10. Cik Arlina Binti Mohmad Ali
  11. Pn. Zawiah Binti Ghazali
  12. Pn. Zuraidah Binti Said