SMK Skudai muncul JOHAN Pertandingan Kawad Kaki Kor Kadet Polis Kategori Perempuan Peringkat IPD JBU

Pertandingan Kawad Kaki Kor Kadet Polis IPD JBU 02

SMK Skudai telah mendapat JOHAN dalam Pertandingan Kawad Kaki Kor Kadet Polis Daerah Johor Bahru Utara kategori platun perempuan dan kategori ketua platun terbaik perempuan. Pertandingan ini telah diadakan di Tempat Letak Kereta Kipmart, Tampoi pada 12 April 2015.

SMK Skudai telah menghantar dua pasukan iaitu lelaki dan perempuan. Pasukan lelaki telah mendapat tempat kelima. Tahniah diucapkan kepada para peserta kawad dan guru-guru kadet polis yang telah bertungkus lumus membuat latihan setiap minggu. Semoga SMK Skudai terus maju.