SMK Skudai Memenangi Tempat Ketiga FrogPlay Championship 2017

Setelah mengharungi pertandingan FrogPlay Championship 2017 selama lebih tiga bulan sejak 11 Jun 2017, keputusan akhir pertandingan peringkat Kebangsaan ini telah diumumkan pada 29 September 2017 (Jumaat). 

Dan SMK Skudai sekali lagi menerima berita gembira daripada pihak Frogasia. Sekolah kita telah berjaya mencipta keajaiban dengan mendapat tempat ketiga dalam pertandingan ini!

SMK Skudai Tempat Ketiga FrogPlay Championship 2017

Sijil Kemenangan FrogPlay Championship 2017

Tahniah diucapkan kepada semua warga SMK Skudai di atas kejayaan bermakna ini!

Kemaskini 26 Oktober 2017 :

Kejayaan SMK Skudai dalam FrogPlay Championship 2017 telah mendapat liputan media. 

1. NST 

2. Utusan Malaysia (akhbar bertarikh 10 Oktober 2017)

Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 9 Oktober 2017

3. The Skop