Sesi persekolahan bagi 2017 akan bermula pada 1 Januari 2017. Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua warga SMK Skudai.
Diharapkan pelajar dapat memulakan sesi persekolahan dengan azam dan semangat baru untuk belajar bersungguh-sungguh.
*Pelajar Tingkatan 1 dan 4 akan mengikuti Program Orientasi selama dua hari iaitu pada 1 dan 2 Januari 2017, bertempat di Dewan Terbuka PIBG.
*Manakala bagi pelajar Tingkatan 2, 3 dan 5, sesi pengajaran dan pembelajaran bermula 1 Januari 2017. Sila bawa buku teks dan buku-buku yang berkenaan mengikut jadual waktu kelas masing-masing.
Panduan menyemak Kelas 2017 (Tingkatan 2, 3 dan 5) di VLE FROG SMK Skudai
1. Sebaik berjaya log masuk akaun VLE FROG pelajar (http://jea1006.1bestarinet.net), klik pada HEM pada menu utama.
2. Pilih Tingkatan anda sama ada Tingkatan 2, 3 atau 5 untuk menyemak kelas anda.
Panduan menyemak Jadual Kelas 2017 (Tingkatan 2, 3 dan 5) di VLE FROG SMK Skudai
1. Sebaik berjaya log masuk akaun VLE FROG pelajar (http://jea1006.1bestarinet.net), klik pada “Kurikulum > Jadual Waktu Kelas dan Guru” pada paparan muka utama.
2. Kemudian klik pada butang “Jadual Waktu Fasa 1/2017” bagi sesi Pagi atau sesi Petang.