Sesi persekolahan bagi 2016 akan bermula pada 3 Januari 2016. Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua warga SMK Skudai.
Diharapkan pelajar dapat memulakan sesi persekolahan dengan azam dan semangat baru untuk belajar bersungguh-sungguh.
*Pelajar Tingkatan 1 dan 4 akan mengikuti Program Orientasi selama dua hari (3 dan 4 Januari) di Dewan Ar-Razi.
*Manakala bagi pelajar Tingkatan 2, 3 dan 5, sesi pengajaran dan pembelajaran bermula 3 Januari 2016. Sila bawa buku teks dan buku-buku yang berkenaan mengikut jadual waktu kelas masing-masing.
Panduan menyemak jadual waktu kelas 2016 di FROG VLE SMK Skudai.
1. Sebaik berjaya log masuk akaun FROG VLE pelajar (https://jea1006.1bestarinet.net/), sila tekan butang yang ketiga pada dashboard switcher untuk mendapat paparan Dashboard sekolah.
2. Klik pada “Jadual Waktu 2016” pada paparan muka utama.