Peperiksaan SPM akan bermula pada 6 November 2017 (Isnin) hingga 4 Disember 2017 (Isnin). Maka di sini , kami semua warga sekolah SMK Skudai ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM tahun 2017 kepada semua pelajar Tingkatan 5 SMK Skudai. Tidak lupa juga kepada pelajar Pra-U Atas dan Rendah yang akan menjalani STPM Penggal 3 Tahun 2017 dan Penggal 1 Tahun 2018. Kami seluruh warga sekolah mendoakan kejayaan anda semua.
Berikut merupakan ucapan dari Menteri Pendidikan Malaysia, Dato’ Seri Mahdzir Khalid ; Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Tuan Haji Shaharudin Bin Sharif dan mantan Pengetua SMK Skudai, Pn Zuraidah Binti Said.