Selamat Bercuti kepada Semua Warga SMK Skudai

Selamat Bercuti

Cuti Pertengahan Penggal 1 Tahun 2017 bermula pada hari ini (17 Mac 2017) hingga 25 Mac 2017. Sekolah akan dibuka semula pada 26 Mac 2017 (Ahad).

Diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan masa cuti selama satu minggu ini dengan membuat ulangkaji pelajaran dan menyiapkan latihan masa cuti yang diberi oleh guru (Sila rujuk panduan di bawah). Ibubapa dan penjaga pula diharapkan dapat meluangkan lebih masa dengan anak-anak.

*Panduan mendapatkan Latihan Masa Cuti di 1Bestarinet VLE FROG SMK Skudai (http://jea1006.1bestarinet.net/)

Latihan Masa Cuti Mac 2017

  1. Sebaik berjaya log masuk akaun VLE FROG pelajar, sila tekan butang yang ketiga pada dashboard switcher untuk mendapat paparan site Latihan Masa Cuti.
  2. Pilih Tingkatan anda.
  3. Muat turun latihan bagi setiap mata pelajaran dengan menekan pada setiap nama fail.
  4. Pelajar perlu mencetak latihan masa cuti dan menjawab semua soalan yang diberi.

Semoga pelajar sentiasa sihat dan selamat sepanjang cuti sekolah ini.