Selamat Bercuti kepada Semua Warga SMK Skudai

Selamat Bercuti kepada Warga SMK Skudai 2016

Cuti Akhir Tahun 2016 telah bermula pada 25 November hingga 31 Disember 2016. Sekolah akan dibuka semula pada 1 Januari 2017 (Ahad). Manakala Pendaftaran pelajar baru Tingkatan 1 adalah pada 29 Disember 2016 (Khamis).

Ucapan Cuti Akhir Tahun 2016 KPM

Diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan masa cuti dengan membuat ulangkaji pelajaran dan menyiapkan latihan masa cuti yang diberi oleh guru (Sila rujuk panduan di bawah). Ibubapa dan penjaga pula diharapkan dapat meluangkan lebih masa dengan anak-anak.

*Panduan mendapatkan Latihan Masa Cuti di 1Bestarinet VLE FROG SMK Skudai (http://jea1006.1bestarinet.net/)

  1. Sebaik berjaya log masuk akaun VLE FROG pelajar, sila tekan butang yang ketiga pada dashboard switcher untuk mendapat paparan site Latihan Masa Cuti.
  2. Pilih Tingkatan anda.
  3. Muat turun latihan bagi setiap mata pelajaran dengan menekan pada setiap nama fail.
  4. Pelajar perlu mencetak latihan masa cuti dan menjawab semua soalan yang diberi.

Semoga pelajar sentiasa sihat dan selamat sepanjang cuti sekolah ini.