Selamat Bercuti kepada semua Warga SMK Skudai!

Selamat Bercuti

Cuti Pertengahan Tahun 2016 telah bermula pada hari ini (27 Mei 2016) hingga 11 Jun 2016. Sekolah akan dibuka semula pada 12 Jun 2016 (Ahad).

Diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan masa cuti selama dua minggu ini dengan membuat ulangkaji pelajaran dan menyiapkan latihan masa cuti yang diberi oleh guru (Sila rujuk panduan di bawah). Ibubapa dan penjaga pula diharapkan dapat meluangkan lebih masa dengan anak-anak.

*Panduan mendapatkan Latihan Masa Cuti di 1Bestarinet VLE FROG SMK Skudai (http://jea1006.1bestarinet.net/)

Panduan Muat Turun Latihan Masa Cuti

  1. Sebaik berjaya log masuk akaun VLE FROG pelajar, sila tekan butang yang ketiga pada dashboard switcher untuk mendapat paparan site Latihan Masa Cuti.
  2. Pilih Tingkatan anda.
  3. Muat turun latihan bagi setiap mata pelajaran dengan menekan pada setiap nama fail.
  4. Pelajar perlu mencetak latihan masa cuti dan menjawab semua soalan yang diberi.

Semoga pelajar sentiasa sihat dan selamat sepanjang cuti sekolah ini.