Pertandingan Site Kelas Terbaik VLE FROG

Unit ICT SMK Skudai dengan kerjasama Kelab Komputer SMK Skudai dengan sukacitanya melancarkan Pertandingan Site (Laman) Kelas Terbaik VLE FROG.

Pertandingan Site Kelas Terbaik

Tempoh Pertandingan : 21 Julai hingga 20 Ogos 2016

Di akhir pertandingan, site kelas terbaik dari setiap tingkatan (1 hingga 5) akan dipilih sebagai pemenang.

Diharapkan guru tingkatan dan pelajar yang terlibat (ketua tingkatan, penolong ketua tingkatan dan setiausaha) dapat menceriakan site kelas masing-masing, di samping memasukkan maklumat-maklumat dan gambar-gambar kelas yang berkaitan.