Pertandingan Kuiz Sains dan Matematik Anjuran Universiti UCSI Peringkat Negeri Johor Tahun 2017

Tarikh : 8 April 2017 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat : Foon Yew High School, Kulai

Pertandingan Kuiz Sains dan Matematik Johor 2017

Sebanyak 23 buah sekolah sekitar Negeri Johor melibatkan 50 kumpulan pelajar telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Kuiz Sains dan Matematik anjuran Universiti UCSI peringkat Negeri Johor. SMK Skudai telah menghantar 2 kumpulan terdiri daripada 6 orang pelajar aliran Sains Tulen ke pertandingan tersebut.

Kumpulan 1

  1. Aidil Asyraf bin Julnizam 5SN2
  2. Daniel Aiman b. Jamal 5SN2
  3. Mohammad Adrian bin Mohd Hasny 5SN1

Kumpulan 2

  1. Teoh Shu Jou 5SN1
  2. Ngo Yan Sen 5SN1
  3. Ng Man Le 5SN1

Setiap kumpulan diwakili oleh 3 orang pelajar, di mana pelajar diberi masa selama 60 minit untuk menjawab 60 soalan objektif yang berhubungkait dengan subjek Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik.

Pertandingan Kuiz Sains dan Matematik Johor 2017
Tahniah! Pelajar kita (Ng Man Le, Teoh Shu Jou dan Ngo Yan Sen) berjaya ke peringkat Kebangsaan. Antara 4 kumpulan terbaik daripada 50 kumpulan.

Satu kumpulan pelajar SMK Skudai telah muncul antara 4 kumpulan terbaik untuk mewakili negeri Johor ke peringkat Kebangsaan pada bulan Julai 2017, bertempat di Universiti UCSI, Kuala Lumpur. 

Tahniah kepada para peserta dan terima kasih kepada guru pengiring, Pn. Siti Rahmah dan Pn. Siti Fauziyani. Semoga pelajar SMK Skudai berjaya mendapat tempat terbaik di peringkat Kebangsaan nanti. Sama-sama kita doakan.