Pertandingan Drama Komsas Bahasa Melayu Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 2016

Tarikh : 9 April 2016 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : SMK Seri Perling

Pasukan SMK Skudai buat julung-julung kalinya telah menyertai Pertandingan Drama Komsas Bahasa Melayu peringkat daerah Johor Bahru bagi tahun 2016. Dalam pertandingan ini, pasukan sekolah kita telah berjaya merangkul tempat kedua.

Pertandingan Drama Komsas

Lebih manis lagi, dua orang pelajar, Puteri Nurlyana Binti Mohd Shahrool (4SN1) dan Raffirul Ashraf Bin Azmi (5EA2) masing-masing memenangi anugerah pelakon wanita terbaik dan pelakon pembantu lelaki terbaik.

Tahniah kepada Pasukan Drama Komsas SMK Skudai. Semoga kejayaan ini memberi dorongan kepada warga SMK Skudai untuk terus cemerlang.

Lagi gambar di Galeri SMK Skudai.