Pencalonan Guru Penyayang SMK Skudai sempena Sambutan Hari Guru Tahun 2016 kini dibuka kepada semua pelajar SMK Skudai. Pencalonan boleh dibuat secara atas talian di laman VLE FROG SMK Skudai (http://jea1006.1bestarinet.net).
Ikuti langkah-langkah berikut.
- Sebaik berjaya log masuk akaun VLE FROG pelajar, sila tekan butang yang ketiga pada dashboard switcher untuk mendapat paparan Dashboard sekolah.
- Klik pada pautan “Pencalonan Guru Penyayang 2016”.
Anda akan mendapat paparan borang pencalonan, seperti di bawah.
Calonkan tiga nama guru penyayang dan hantar pencalonan anda. Tarikh tutup pencalonan adalah pada 9 Mei 2016. 10 pemenang guru penyayang akan diumumkan pada Majlis Sambutan Hari Guru (16 Mei 2016).
Pada masa yang sama, pelajar juga boleh menyertai Peraduan The Report Card of Happiness, dari INTI University and Colleges.