Pencalonan Guru Paling Popular SMK Skudai sempena dengan Sambutan Hari Guru Tahun 2017 akan dibuka pada 16 April 2017 (Ahad). Pelajar SMK Skudai dialu-alukan untuk membuat pencalonan secara atas talian di laman VLE FROG SMK Skudai (http://jea1006.1bestarinet.net).
Panduan Mengisi Borang Pencalonan
1. Sebaik berjaya log masuk akaun VLE FROG pelajar, anda akan mendapat paparan Dashboard sekolah.
2. Klik pada pautan “Laman Khas Hari Guru 2017”.
3. Klik pada pautan “Pencalonan Guru Paling Popular 2017”.
4. Calonkan lima nama guru paling popular dan tekan butang “SUBMIT” untuk hantar pencalonan anda.
Tarikh tutup pencalonan adalah pada 6 Mei 2017 (Sabtu).
12 pemenang guru paling popular akan diumumkan semasa Majlis Sambutan Hari Guru 2017.
Sekian, harap maklum.