Pementasan Teater Mahkamah oleh Kelab Generasi Karya SMK Skudai

Tarikh dan Masa :
18 Mei 2017 (Jumaat) , 8.30 malam
19 Mei 2017 (Sabtu), 3.00 petang dan 8.30 malam)
Tempat : Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar (MAWAR), Johor Bahru
Pengarah : Pn Norly Sairah Zainal (Pengarah 1), En Azli Md Ali (Pengarah 2)

Kelab Generasi Karya SMK Skudai buat pertama kali mementaskan sebuah pementasan teater bertajuk Mahkamah pada 19 – 20 Mei 2017 bertempat di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar Johor Bahru sempena Pentas Teater Karya Johor 2017 anjuran Kerajaan Negeri Johor yang diselenggarakan oleh Majlis Kebudayaan Negeri Johor (MKNJ). Mahkamah karya Awang Abdullah ini mengangkat isu Bahasa dan budaya dikalangan masyarakat mengenai budaya Melayu.

Pementasan Teater Mahkamah oleh Kelab Generasi Karya SMK Skudai
Seluruh tenaga produksi teater Mahkamah bergambar bersama YB Dato Zulkurnain Bin Hj Kamisan (Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan Warisan Negeri Johor)
Pementasan Teater Mahkamah oleh Kelab Generasi Karya SMK Skudai
(Dari kiri) En. Mohd Azli Md Azli, En Awang Abdullah (Penulis Karya Mahkamah), YB Dato Zulkurnain Bin Hj Kamisan (Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan Warisan Negeri Johor), Pn Zuraidah Bt Said (Pengetua SMK Skudai), Pn Norly Sairah Bt Zainal, En Othman Ahmad (Setiausaha KESUMA-i) dan Pengarah MKN
Pementasan Teater Mahkamah oleh Kelab Generasi Karya SMK Skudai
Penyampaian Cenderahati oleh YB Dato Zulkurnain Bin Hj Kamisan (Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan Warisan Negeri Johor) kepada Pn Zuraidah Bt Said (Pengetua SMK Skudai)

Setiausaha KESUMA-i yang merupakan penasihat kepada Kelab Generasi Karya SMK Skudai Othman Ahmad berkata “produksi teater ini telah berjaya mengabungkan Badan Bukan Kerajaan dan sekolah-sekolah untuk menjayakan pementasan ini terdiri Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru, Persatuan Belia KESUMA-i Johor Bahru (KESUMA-i), SMK Senai, SMK Taman Pelangi Indah, SMK Permas Jaya 2, SMK Pasir Gudang 3 dan SK Medini” menurut beliau “para pelakon dan tenaga produksi merupakan gabungan lama dan baru melalui pemilihan ahli-ahli KESUMA-i dan pelajar sekolah yang mengikuti program Khemah Kerja Teater Sepanjang Tahun 2011/2012 dan Program Bimbingan Seni Budaya anjuran MTN Johor dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Johor.

Poster Teater Mahkahmah
Poster hasil rekaan En. Yu Kok Hui

Othman juga berkata pementasan kali ini tidak seperti yang pernah pentaskan sebelum ini kerana skrip Mahkamah ini diambil daripada Buku Komponen Sastera Tingkatan dua Sekolah-sekolah Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 2016, namun penyertaan seramai hampir 50 orang karyawan dan tenaga produksi dapat memberikan kelainan dalam pementasan ini, kami amat bersyukur kerana diberikan kepercayaan sepenuhnya oleh Majlis Kebudayaan Negeri Johor kerana memberikan peluang kepada Kelab Generasi Karya SMK Skudai untuk mementaskan teater ini. peluang yang diberikan oleh MKNJ digunakan sebaik mungkin untuk menghasilkan teater bermutu dan berilmu dan percaya teater Mahkamah ini akan dapat dijayakan dengan berkesan sekali dan mendapat komen positif dari penonton yang hadir, kita sentiasa mencari kelainan dalam berkarya dan olahan lakonan dilakukan dengan penuh teliti supaya penonton jelas dan faham dengan apa yang akan kami persembahkan walaupun hampir 70% pelakon terdiri daripada muka baru dalam Teater.

Pementasan Teater Mahkamah oleh Kelab Generasi Karya SMK Skudai
En Mohd Azli Md Ali membawa watak Hakim, manakala Pn Norly Sairah Bt Zainal sebagai Penterjemah

Norly Sairah Zainal selaku Pengarah 1 pula berkata “agak rumit juga pada proses awal latihan teater dari segi kupasan skrip dan kehendak permainan lakon namun begitu hasil daripada perbincangan dengan para karyawan dan latihan yang diberikan kepada para pelakon maka saya dan Setiausaha KESUMA-i bersama-sama semua pelakon terlibat telah mengambil keputusan untuk mengangkat isu demi isu dalam setiap babak melalui latihan yang telah dijalankan sejak sebulan yang lalu para karyawan dapat memahami watak mereka dengan baik”.

Azli Md Ali selaku Pengarah 2 berkata “Garapan pelakon-pelakon dilihat mantap, bagi menghidupkan mood lakonan dan mengangkat babak demi babak dengan baik sekali dan menarik dari segi penyampaian karektor dan dialog. Antara babak menarik ialah penampilan identiti setiap watak dihiasi dengan isu masing-masing. Ditambah pula dengan babak komedi berkaitan kefahaman mereka di dalam menghayati perbicaraan amat menghiburkan dengan babak Bulat bin Gentel, Babak Beruk Subsidi dan Babak Masalah Rumahtangga.

Peranan extra turn dapat dilihat dalam pementasan Mahkamah ini mengambil elemen bangsawan tetapi mempunyai kelainan tersendiri kerana ianya digarap begitu kemas. Begitu juga peranan pelakon Korus ketika menukar set dengan koreografi yang disusun kemas dalam setiap babak.

Para pelakon yang menjayakan teater Mahkamah terdiri dari Saifullah Jamaludin (Pendakwaraya), Azli Md Ali (Hakim), Jefri Abdullah (Pegawai), Akilul Nazar Arbain (Peguam Bela), Izyanee Mohd Nasir (Ajinomoto), Azrul Sayfiq Samsudin (Bulat bin Gentel), Norly Sairah Zainal (Penterjemah, Abu Bakar Zainal (Bujang Senang) dan Norazah Abdul Aziz (Siti Payung).

Lagi gambar di Galeri SMK Skudai.