Sesi persekolahan bagi tahun 2018 akan bermula pada 1 Januari 2018 (Isnin). Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua warga SMK Skudai.
Diharapkan pelajar dapat memulakan sesi persekolahan dengan azam dan semangat baharu untuk belajar bersungguh-sungguh.
Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 : 1 hingga 4 Januari 2018.
Program Orientasi Pelajar Tingkatan 4 : 1 hingga 2 Januari 2018.
Manakala bagi pelajar Tingkatan 2, 3 dan 5, sesi pengajaran dan pembelajaran bermula 1 Januari 2018. Sila bawa buku teks dan buku-buku yang berkenaan mengikut jadual waktu kelas masing-masing. Pelajar Tingkatan 2 akan mendapat buku teks pada hari pertama persekolahan.
Panduan menyemak Kelas 2018 (Tingkatan 2, 3 dan 5) di VLE FROG SMK Skudai
1. Sebaik berjaya log masuk akaun VLE FROG pelajar (http://jea1006.1bestarinet.net), klik pada HEM pada menu utama.
2. Pilih Tingkatan anda sama ada Tingkatan 2, 3 atau 5 untuk menyemak kelas anda.
Panduan menyemak Jadual Kelas 2018 (Tingkatan 2, 3 dan 5) di VLE FROG SMK Skudai
1. Sebaik berjaya log masuk akaun VLE FROG pelajar (http://jea1006.1bestarinet.net), klik pada “Kurikulum > Jadual Waktu Kelas” pada paparan muka utama.
2. Kemudian klik pada butang “Jadual Waktu Fasa 1/2018” bagi sesi Pagi atau sesi Petang.