Dimaklumkan bahawa semua pelajar SMK Skudai wajib menghadiri mesyuarat unit kokurikulum sebagaimana butiran berikut :
- Tarikh : 24 Januari 2015 (Sabtu)
- Masa : 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
- Tempat : SMK Skudai
Tentatif mesyuarat adalah seperti berikut :
- 7.30 – 8.00 pagi : Taklimat oleh PK Kokurikulum di Padang Sekolah
- 8.00 – 9.00 pagi : Mesyuarat Rumah Sukan
- 9.00 – 10.00 pagi : Mesyuarat Unit Beruniform
- 10.00 – 10.30 pagi : Rehat
- 10.30 – 11.30 pagi : Mesyuarat Kelab / Persatuan
- 11.30 – 12.30 tengahari : Mesyuarat Sukan & Permainan
Sehubungan dengan itu, para pelajar diwajibkan hadir dan memakai pakaian kokurikulum yang lengkap dan hadir mengikut masa yang ditetapkan untuk melicinkan perjalanan program.