Pemberitahuan : Latihan Masa Cuti Pertengahan Tahun 2017

Selamat Bercuti

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah menyediakan latihan masa cuti bagi Cuti Pertengahan Tahun 2017 di VLE FROG SMK Skudai (https://jea1006.1bestarinet.net).

Cuti Pertengahan Tahun 2017 bermula pada hari ini (26 Mei 2017) hingga 10 Jun 2017. Sekolah akan dibuka semula pada 11 Jun 2017 (Ahad).

Panduan untuk memuat turun Latihan Masa Cuti dari VLE FROG SMK Skudai

Langkah 1 :
Log masuk https://jea1006.1bestarinet.net. Masukkan ID Yes dan kata laluan.
*Jika lupa ID YES atau kata laluan, sila dapatkan dari http://smkskudai.edu.my/carian-id-yes-pelajar/.

Latihan Masa Cuti Pertengahan Tahun 2017

Langkah 2 :
Sebaik berjaya log masuk akaun VLE FROG pelajar, sila tekan butang yang ketiga pada dashboard switcher untuk mendapat paparan Laman Latihan Masa Cuti.

Latihan Masa Cuti Pertengahan Tahun 2017

Langkah 3 :
Setelah anda telah berjaya mendapat paparan Laman Latihan Masa Cuti, pilih Tingkatan anda.

Latihan Masa Cuti Pertengahan Tahun 2017

Langkah 4 :
Muat turun latihan bagi mata pelajaran yang anda pelajari dengan menekan pada setiap nama fail.
Pelajar perlu mencetak latihan masa cuti dan menjawab semua soalan yang diberi.

Latihan Masa Cuti Pertengahan Tahun 2017

Diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan masa cuti selama dua minggu ini dengan membuat ulangkaji pelajaran dan menyiapkan latihan masa cuti yang diberi oleh guru. Ibubapa dan penjaga pula diharapkan dapat meluangkan lebih masa dengan anak-anak.