Pemberitahuan : Jadual Waktu PdPc Bulan Ramadhan Tahun 2017

Kepada Ibu Bapa / Penjaga Murid,

Adalah dimaklumkan bahawa mulai 11 Jun 2017 sehingga 23 Jun 2017, akan berlaku perubahan jadual sesi persekolahan sempena Bulan Ramadhan. Bersama-sama ini disertakan jadual sesi persekolahan untuk rujukan tuan/puan.

Jadual PdPc Ramadhan 2017

Jadual sesi persekolahan akan diadakan seperti biasa apabila berakhirnya bulan Ramadhan.

Sehubungan itu, pihak kami ingin memaklumkan tuan/puan agar dapat menguruskan pengangkutan anak tuan/puan untuk pergi dan balik sekolah sepanjang bulan Ramadhan. Sekian, terima kasih.