Kepada Ibu Bapa / Penjaga Murid,
Dengan sukacita dimaklumkan bahawa bulan Ramadhan akan bermula pada 6 Jun 2016 hingga 5 Julai 2016.
Sehubungan dengan itu, masa pembelajaran akan diubah sepanjang bulan tersebut. Bersama-sama ini disertakan jadual sesi persekolahan untuk rujukan.
Jadual sesi persekolahan akan diadakan seperti biasa apabila berakhirnya bulan Ramadhan.
Sehubungan itu, pihak kami ingin memaklumkan tuan/puan agar dapat menguruskan pengangkutan anak tuan/puan untuk pergi dan balik sekolah sepanjang bulan Ramadhan. Sekian, terima kasih.