Pemberitahuan : Cuti Sempena Tahun Baru Cina 2017

Selamat Tahun Baru Cina 2017

Cuti bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina akan bermula pada 27 Januari 2017 sehingga 4 Februari 2017. Sekolah akan dibuka semula pada 5 Februari 2017 (Ahad).

Sekian, harap maklum.

*Panduan mendapatkan Latihan Masa Cuti di 1Bestarinet VLE FROG SMK Skudai (http://jea1006.1bestarinet.net/)

Dashboard Sekolah - Latihan Masa Cuti Tahun Baru Cina 2017 (Pelajar)

  1. Sebaik berjaya log masuk akaun VLE FROG pelajar (klik di sini untuk dapatkan ID Yes dan Kata Laluan), sila tekan butang yang ketiga pada dashboard switcher untuk mendapat paparan site Latihan Masa Cuti.
  2. Pilih Tingkatan anda.
  3. Muat turun latihan bagi setiap mata pelajaran dengan menekan pada setiap nama fail.
  4. Pelajar perlu mencetak latihan masa cuti dan menjawab semua soalan yang diberi.

Semoga pelajar sentiasa sihat dan selamat sepanjang cuti sekolah ini.