Pemberitahuan : Cuti Sempena Hari Raya 2016

Makluman terkini (3 Julai 2016) : Sekolah akan dibuka seperti biasa pada 11 Julai 2016 (Isnin) ekoran pengumuman cuti peristiwa oleh YAB Menteri Besar Johor pada 10 Julai 2016.

Cuti Hari Raya

Cuti bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri (yang dijangka jatuh pada 6 Julai 2016) akan bermula pada 1 Julai 2016 sehingga 9 Julai 2016. Sekolah akan dibuka semula pada 10 Julai 2016 (Ahad).

Sekian, harap maklum.

*Panduan mendapatkan Latihan Masa Cuti di 1Bestarinet VLE FROG SMK Skudai (http://jea1006.1bestarinet.net/)

Latihan Masa Cuti Hari Raya 2016

  1. Sebaik berjaya log masuk akaun VLE FROG pelajar, sila tekan butang yang ketiga pada dashboard switcher untuk mendapat paparan site Latihan Masa Cuti.
  2. Pilih Tingkatan anda.
  3. Muat turun latihan bagi setiap mata pelajaran dengan menekan pada setiap nama fail.
  4. Pelajar perlu mencetak latihan masa cuti dan menjawab semua soalan yang diberi.

Semoga pelajar sentiasa sihat dan selamat sepanjang cuti sekolah ini.