Pelajar SMK Skudai mendapat tempat ke-3 L18 dan tempat ke-2 P18 dalam Kejohanan Badminton MSSD JB

06
Nursyaidatina (berdiri dua dari kiri) manakala Richie Ting (berdiri dua dari kanan). Tahniah di atas pencapaian cemerlang anda berdua.

Tahniah kepada Richie Ting Wei Jing dari tingkatan 5EA1 dan Nursyaidatina Farahin binti Anuar (5TK1) kerana masing-masing telah memenangi tempat ketiga kategori L18 dan tempat kedua kategori P18 dalam Kejohanan Badminton MSSD JB yang berlangsung di Daiman Sport Centre Sri Skudai, Taman Sri Skudai pada 27 hingga 29 Januari 2015. Terima kasih kerana telah mengharumkan nama sekolah dalam bidang sukan permainan.

Tahniah kepada En. Mohd Naim Haikal selaku ketua guru penasihat dan juga semua guru penasihat Kelab Badminton di atas jasa dan bimbingan anda kepada para pelajar.