Latest

Surveyor Career Day : Young Achievers Award 2015

Young Achievers Award 2015 03

Pada 11 April 2015, pelajar Tingkatan 5 , Leena Ong Xin Ee & Tan Lorraine (5SN 2) and Lim En Yu ( 5SN 1) telah menyertai pertandingan pembentangan Kerjaya Juruukur Tanah dalam program Hari Kerjaya Juruukur di UTM. Mereka telah berjaya mendapat tempat ke-4 peringkat Daerah Johor Bahru . Hadiah yang diperolehi ialah medal dan wang tunai sebanyak RM 200.00. Tahniah kepada para peserta!

Lawatan sambil Beramal di Kelantan (15 – 17 Mac 2015)

Lawatan sambil Beramal di Kelantan 15 - 17 Mac 2015
Cik Chu Siew Fong menyampaikan sumbangan, sambil diperhati oleh PK HEM Cik Sulochana dan Pn Radin Idawati

Seramai 32 orang pelajar dan 4 orang guru SMK Skudai telah mengikuti rombongan lawatan sambil beramal ke Kelantan. Rombongan ini telah diketuai oleh PK HEM Cik Sulochana a/p Perumal. Sebanyak 2 sekolah telah dilawati di Kelantan iaitu SK Kuala Krai dan SMU Nurul Huda.

Semoga dengan sumbangan yang telah diberi dapat meringankan beban warga sekolah di sekolah-sekolah yang telah dilawati.

Galeri gambar : https://drive.google.com/folderview?id=0B-ubtr4A987vSWZaTld5TE5PdlU

SMK Skudai muncul JOHAN Pertandingan Kawad Kaki Kor Kadet Polis Kategori Perempuan Peringkat IPD JBU

Pertandingan Kawad Kaki Kor Kadet Polis IPD JBU 02

SMK Skudai telah mendapat JOHAN dalam Pertandingan Kawad Kaki Kor Kadet Polis Daerah Johor Bahru Utara kategori platun perempuan dan kategori ketua platun terbaik perempuan. Pertandingan ini telah diadakan di Tempat Letak Kereta Kipmart, Tampoi pada 12 April 2015.

SMK Skudai telah menghantar dua pasukan iaitu lelaki dan perempuan. Pasukan lelaki telah mendapat tempat kelima. Tahniah diucapkan kepada para peserta kawad dan guru-guru kadet polis yang telah bertungkus lumus membuat latihan setiap minggu. Semoga SMK Skudai terus maju.

Latihan Dalam Perkhidmatan Bil 3/2015

LDP3 2015 01

Tarikh : 28 Mac 2015
Masa : 7.30 pagi – 4.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah 3, L50, UTM

Slot 1 : Kajian Tindakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran
oleh : En. Mustafa Kamal bin Md. Yusof (PK Pentadbiran SMK Skudai)

Slot 2 : Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB)
oleh : Pn. Zuraidah bt Said (Pengetua SMK Skudai)

Lagi gambar di Facebook rasmi SMK Skudai.

KARNIVAL TINGKATAN 6: SMK Skudai Tuan Rumah Public Speaking dan English Sketch

SMK Skudai telah terpilih menjadi tuan rumah Public Speaking (7 April 2015) dan English Sketch (7 & 8 April 2015) bagi Karnival Tingkatan Prauniversiti (T6) 2015 .

Sebanyak 10 sekolah mengambil bahagian (Maktab Sultan Abu Bakar, SMK Sultan Ismail, SMK(P) Sultan Ibrahim, SMK Tasek Utara, SM Teknik JB, SMK Aminuddin Baki, SMK Mutiara Rini, SMK Gelang Patah dan SMK Skudai).

Karnival PraU 2015 - Public Speaking

SMK Skudai berjaya mendapat tempat ketiga bagi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan untuk Public Speaking.

Pasukan English Sketch tidak berjaya mendapat tempat teratas. Walaubagaimanapun pasukan SMK Skudai telah memberi persembahan yang baik dan menarik pada hari pertandingan.

Team Skudai (SKUDAI INERTS) telah melepasi fasa satu PAAY 2015

Pada 6 April 2015, pelajar Tingkatan 4 SMK Skudai seramai 20 orang telah menyertai Petronas All About Youth (PAAY) Boot Camp yang dianjurkan oleh Petronas Malaysia telah diadakan di Lotus Desaru Beach Resort. Program ini telah disertai oleh 5 buah sekolah di daerah Johor Bahru. Dalam program tersebut, pasukan Skudai yang dinamakan sebagai Skudai Inerts telah berjaya melepasi fasa pertama dengan pembentangan projek yang dinamakan projek S.I Bus Stop. Tahniah kepada SKUDAI INERTS!

PAAY 2015
Cikgu Nurul Iman dan Cikgu Mohd Aidid bersama dengan SKUDAI INERTS di Lotus Desaru Beach Resort

Dalam tempoh 6 minggu, SKUDAI INERTS perlu melaksanakan projek yang telah dibentangkan di Lotus Desaru Beach Resort. Diharapkan semua warga SMK Skudai dapat memberi sokongan sepenuhnya kepada SKUDAI INERTS dan doakan kejayaan mereka!

Majlis Anugerah Kehadiran Penuh Fasa 1 (Sesi Petang)

Tarikh : 5 April 2015
Masa : 6.10 Petang
Tempat : Gelanggang Bola Keranjang (Perhimpunan Rasmi)

2PM2 Kehadiran 100 Jan 2015
Kelas 2PM2 mencatat Kehadiran 100% bagi bulan Januari 2015. Tahniah!

Analisis Peningkatan Kehadiran Murid Fasa 1 (Januari – Mac 2015)

A. Kehadiran 100%

1. 2PM2 (Januari 100%)

B. Bilangan murid hadir penuh paling ramai

1. 1PM3 – 23 orang

2. 1PM4 & 2PM2 – 16 orang

3. 1PM1, 1PM2, 2PM1, 2BST1 – 15 orang

C. Kelas yang mencapai ETR (95.01%)

Tingkatan 1 – 1PM3 (99.21%), 1PM2 (98.19%), 1PM4 (97.87%), 1PM1 (97.35%), 1BST1 (97.04%), 1EK1 (96.01%), 1SPE1 (95.94%), 1BST2 (95.89%)

Tingkatan 2 – 2PM2 (98.48%), 2PM3 (96.66%), 2BST1 (96.49%), 2SPE1 (96.22%), 2PM1 (96.19%), 2PM4 (95.54%), 2SPE2 (95.07%)

Lagi gambar di Facebook rasmi SMK Skudai.

Keputusan Pertandingan Ping Pong Perseorangan MSSD Johor Bahru 2015 – Ketiga L15

Goh Kuan Jiunn (2BST2) telah mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Ping Pong Perseorangan MSSD bawah 15 tahun Lelaki. Pertandingan telah berlangsung di BL Sports Centre Plentong pada 14 Mac 2015.

Ping Pong MSSD 2015 L15 Ketiga

Manakala Leong Jasmine (1PM1) muncul JOHAN dalam kategori bawah 15 tahun Perempuan dalam Pertandingan Ping Pong Perseorangan peringkat daerah anjuran badan swasta.

Ping Pong MSSD 2015 P15 Johan

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua peserta dan juga guru-guru Penasihat Kelab Ping Pong SMK Skudai.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014

Tahniah diucapkan kepada para guru dan staf yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014. Semoga para penerima anugerah dapat meneruskan mutu kerja cemerlang.

APC2014

Senarai Penerima APC 2014

  1. En. Kamarusalihin bin Nordin
  2. En. Mohd Ramu bin Mat Ripin
  3. Pn. Nor Asikin binti Abdullah
  4. Pn. Subahsini Devi a/p Sanmugam
  5. Pn. Husnil Amaly binti Mohd Rejab
  6. Pn. Suraya binti Hasan
  7. Pn. Hjh. Zawiah binti Ghazali
  8. Pn. Lua Geok Chiau
  9. Pn. Norisah binti Kasim
  10. Pn. Juliana binti Salamat (Staf)