Latest

Pemberitahuan : Sukantara SMK Skudai 2015 (2 – 5 Mac 2015)

Sukantara 2015

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Sukantara SMK Skudai 2015 akan diadakan mengikut ketetapan berikut.

2 Mac 2015 (Isnin) – Rumah Marikh
3 Mac 2015 (Selasa) – Rumah Bumi
4 Mac 2015 (Rabu) – Rumah Zuhal
5 Mac 2015 (Khamis) – Rumah Neptune

Sesi Petang : 8.00 – 10.00 pagi, Sesi Pagi : 3.00 – 5.00 petang
Pakaian : Pakaian rumah sukan masing-masing
Acara : 100 m, Lompat Jauh, Lontar Peluru

Dilampirkan kelayakan sukantara untuk rujukan para pelajar.

IMG

Diharapkan pelajar dapat hadir dan berusaha keras untuk menyumbang mata kepada rumah sukan masing-masing.

Pemberitahuan : Cuti Sempena Tahun Baru Cina

Happy-Chinese-New-Year-2015-Images-4

Cuti bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina akan bermula pada 18 Februari 2015 (Rabu) sehingga 23 Februari 2015 (Isnin). Sekolah akan dibuka semula pada 24 Februari 2015 (Selasa). Harap maklum.

Mengambil kesempatan ini, pihak SMK Skudai ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua warga sekolah yang berbangsa Cina. Semoga perayaan ini disambut dengan meriah di samping keluarga.

Pelajar SMK Skudai mendapat tempat ke-3 L18 dan tempat ke-2 P18 dalam Kejohanan Badminton MSSD JB

06
Nursyaidatina (berdiri dua dari kiri) manakala Richie Ting (berdiri dua dari kanan). Tahniah di atas pencapaian cemerlang anda berdua.

Tahniah kepada Richie Ting Wei Jing dari tingkatan 5EA1 dan Nursyaidatina Farahin binti Anuar (5TK1) kerana masing-masing telah memenangi tempat ketiga kategori L18 dan tempat kedua kategori P18 dalam Kejohanan Badminton MSSD JB yang berlangsung di Daiman Sport Centre Sri Skudai, Taman Sri Skudai pada 27 hingga 29 Januari 2015. Terima kasih kerana telah mengharumkan nama sekolah dalam bidang sukan permainan.

Tahniah kepada En. Mohd Naim Haikal selaku ketua guru penasihat dan juga semua guru penasihat Kelab Badminton di atas jasa dan bimbingan anda kepada para pelajar.

Pemberitahuan : Mesyuarat Agung PIBG kali ke-31 dan Majlis AkuJanji Kecemerlangan SPM 2015

Kepada,

Ibu Bapa dan Penjaga (Ahli-ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru)

SMK Skudai,

Pihak jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Skudai, akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-31 dan Majlis AkuJanji Kecemerlangan SPM Tahun 2015 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 14 Februari 2015 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Ar-Razi, SMK Skudai

Mesyuarat Agung PIBG 2015 cover

Pemberitahuan : Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1436H

Maulidur Rasul 2015

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1436H peringkat sekolah akan diadakan seperti ketetapan berikut :

  • Tarikh : 7 Februari 2015 (Sabtu)
  • Masa : 8.00 pagi
  • Tempat : Dewan Ar-razi, SMK Skudai

Pihak sekolah amat berbesar hati untuk menjemput para pelajar beragama Islam untuk bersama-sama memeriahkan majlis sambutan.

Selamat Menyambut Hari Thaipusam

PLUSMiles Web Banner Maulidur Rasul

Selamat menyambut Hari Thaipusam kepada semua warga SMK Skudai yang beragama Hindu. Semoga perayaan ini dapat disambut dengan penuh makna.

JADUAL AKTIVITI 1 MURID 1 SUKAN & AKTIVITI KOKURIKULUM TAHUN 2015 (Berkuatkuasa 1 Februari 2015)

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa terdapat perubahan pada Jadual Aktiviti 1 Murid 1 Sukan dan Aktiviti Kokurikulum 2015. Berikut merupakan jadual yang baru. Diharapkan setiap pelajar maklum akan perubahan ini. Jadual ini berkuatkuasa pada 1 Februari 2015.

Jadual Kokurikulum 2015

Aktiviti 1 Murid 1 Sukan DITANGGUHKAN SEHINGGA TARIKH 16.4.2015. Namun bagi pertandingan peringkat daerah yang akan dijalankan dalam masa terdekat, guru penasihat boleh memilih pelajar yang mewakili sekolah sahaja. Pelajar lain tetap meneruskan latihan rumah sukan.