Latest

KARNIVAL TINGKATAN 6: SMK Skudai Tuan Rumah Public Speaking dan English Sketch

SMK Skudai telah terpilih menjadi tuan rumah Public Speaking (7 April 2015) dan English Sketch (7 & 8 April 2015) bagi Karnival Tingkatan Prauniversiti (T6) 2015 .

Sebanyak 10 sekolah mengambil bahagian (Maktab Sultan Abu Bakar, SMK Sultan Ismail, SMK(P) Sultan Ibrahim, SMK Tasek Utara, SM Teknik JB, SMK Aminuddin Baki, SMK Mutiara Rini, SMK Gelang Patah dan SMK Skudai).

Karnival PraU 2015 - Public Speaking

SMK Skudai berjaya mendapat tempat ketiga bagi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan untuk Public Speaking.

Pasukan English Sketch tidak berjaya mendapat tempat teratas. Walaubagaimanapun pasukan SMK Skudai telah memberi persembahan yang baik dan menarik pada hari pertandingan.

Team Skudai (SKUDAI INERTS) telah melepasi fasa satu PAAY 2015

Pada 6 April 2015, pelajar Tingkatan 4 SMK Skudai seramai 20 orang telah menyertai Petronas All About Youth (PAAY) Boot Camp yang dianjurkan oleh Petronas Malaysia telah diadakan di Lotus Desaru Beach Resort. Program ini telah disertai oleh 5 buah sekolah di daerah Johor Bahru. Dalam program tersebut, pasukan Skudai yang dinamakan sebagai Skudai Inerts telah berjaya melepasi fasa pertama dengan pembentangan projek yang dinamakan projek S.I Bus Stop. Tahniah kepada SKUDAI INERTS!

PAAY 2015
Cikgu Nurul Iman dan Cikgu Mohd Aidid bersama dengan SKUDAI INERTS di Lotus Desaru Beach Resort

Dalam tempoh 6 minggu, SKUDAI INERTS perlu melaksanakan projek yang telah dibentangkan di Lotus Desaru Beach Resort. Diharapkan semua warga SMK Skudai dapat memberi sokongan sepenuhnya kepada SKUDAI INERTS dan doakan kejayaan mereka!

Majlis Anugerah Kehadiran Penuh Fasa 1 (Sesi Petang)

Tarikh : 5 April 2015
Masa : 6.10 Petang
Tempat : Gelanggang Bola Keranjang (Perhimpunan Rasmi)

2PM2 Kehadiran 100 Jan 2015
Kelas 2PM2 mencatat Kehadiran 100% bagi bulan Januari 2015. Tahniah!

Analisis Peningkatan Kehadiran Murid Fasa 1 (Januari – Mac 2015)

A. Kehadiran 100%

1. 2PM2 (Januari 100%)

B. Bilangan murid hadir penuh paling ramai

1. 1PM3 – 23 orang

2. 1PM4 & 2PM2 – 16 orang

3. 1PM1, 1PM2, 2PM1, 2BST1 – 15 orang

C. Kelas yang mencapai ETR (95.01%)

Tingkatan 1 – 1PM3 (99.21%), 1PM2 (98.19%), 1PM4 (97.87%), 1PM1 (97.35%), 1BST1 (97.04%), 1EK1 (96.01%), 1SPE1 (95.94%), 1BST2 (95.89%)

Tingkatan 2 – 2PM2 (98.48%), 2PM3 (96.66%), 2BST1 (96.49%), 2SPE1 (96.22%), 2PM1 (96.19%), 2PM4 (95.54%), 2SPE2 (95.07%)

Lagi gambar di Facebook rasmi SMK Skudai.

Keputusan Pertandingan Ping Pong Perseorangan MSSD Johor Bahru 2015 – Ketiga L15

Goh Kuan Jiunn (2BST2) telah mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Ping Pong Perseorangan MSSD bawah 15 tahun Lelaki. Pertandingan telah berlangsung di BL Sports Centre Plentong pada 14 Mac 2015.

Ping Pong MSSD 2015 L15 Ketiga

Manakala Leong Jasmine (1PM1) muncul JOHAN dalam kategori bawah 15 tahun Perempuan dalam Pertandingan Ping Pong Perseorangan peringkat daerah anjuran badan swasta.

Ping Pong MSSD 2015 P15 Johan

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua peserta dan juga guru-guru Penasihat Kelab Ping Pong SMK Skudai.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014

Tahniah diucapkan kepada para guru dan staf yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014. Semoga para penerima anugerah dapat meneruskan mutu kerja cemerlang.

APC2014

Senarai Penerima APC 2014

  1. En. Kamarusalihin bin Nordin
  2. En. Mohd Ramu bin Mat Ripin
  3. Pn. Nor Asikin binti Abdullah
  4. Pn. Subahsini Devi a/p Sanmugam
  5. Pn. Husnil Amaly binti Mohd Rejab
  6. Pn. Suraya binti Hasan
  7. Pn. Hjh. Zawiah binti Ghazali
  8. Pn. Lua Geok Chiau
  9. Pn. Norisah binti Kasim
  10. Pn. Juliana binti Salamat (Staf)

Sampaikan Ucapan Hari Guru 2015 kepada guru kesayangan anda #Dedicated2Cikgu

Kepada para pelajar dan juga bekas pelajar SMK Skudai,

Pihak INTI telah menyediakan satu laman di internet yang membolehkan anda untuk menghantarkan Ucapan Hari Guru #Dedicated2Cikgu kepada guru kesayangan anda bersempena dengan sambutan Hari Guru pada tahun ini.

Dedicated2Cikgu2015

Para pelajar yang ingin menulis ucapan Hari Guru boleh membuat demikian di laman sesawang ini : http://newinti.edu.my/dedicated2cikgu/. Tarikh tutup pada 2 Mei 2015. Sekian, harap maklum!

SMK Skudai meraih tempat ke-2 dalam Pertandingan Catur P15 MSSD Johor Bahru 2015

Tahniah diucapkan kepada pasukan catur sekolah kita di atas kejayaan meraih tempat ke-2 dalam Pertandingan Catur kategori P15 peringat MSSD Johor Bahru 2015. Pertandingan diadakan di SMK (P) Sultan Ibrahim pada 24 Mac 2015.

Pertandingan Catur P15 MSSD JB 2015 02

Salah seorang peserta kita iaitu Ng Man Le dari tingkatan 3PM1 (dalam gambar : pertama dari kanan) telah disenaraikan sebagai 10 peserta terbaik. Tahniah diucapkan!