Latest

Karnival Bahasa Cina SMK Peringkat Negeri Johor Tahun 2015

Tan Yi Yun dari kelas 1PM1 telah memenangi hadiah sagu hati dalam Pertandingan Kaligrafi (Peringkat Negeri) Karnival Bahasa Cina Negeri Johor 2015. Pertandingan telah berlangsung pada 27.6.2015 di Pontian. Tahniah diucapkan kepada pelajar tersebut.

Pertandingan Kaligrafi MSSJ 2015

Semoga SMK Skudai terus cemerlang!

Perasmian S.I. Bus Stop, Program Komuniti PAAY

Majlis Perasmian S.I. Bus Stop PAAY 01

Pada 28/6/2015 (Ahad), satu majlis perasmian Projek S.I.Bus Stop telah diadakan di tapak perhimpunan pada 7.30 pagi. Projek di bawah Program Komuniti Petronas All About Youth (PAAY) ini telah dirasmikan oleh Puan Pengetua, Puan Zuraidah binti Said. Majlis ini turut disertai oleh wakil daripada Petronas, Encik Hizami bin Roslan.

Majlis Perasmian S.I. Bus Stop PAAY 03 Majlis Perasmian S.I. Bus Stop PAAY 02

S.I. Bus Stop merupakan cetusan idea 20 orang pelajar Tingkatan 4. Projek anjuran Petronas ini masih di peringkat awal pelaksanaan. Tapak projek yang berada di Hentian Bas antara SK Sri Skudai dan SMK Skudai ini telah dinaiktaraf. Diharapkan semua warga Skudai dapat bersama-sama memberi sokongan dan menjaga tapak projek ini.

Pemberitahuan : Hari Terbuka Tahun 2015

HARI TERBUKA SMK SKUDAI 2015

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Hari Terbuka SMK Skudai tahun 2015 akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh :

2 Julai 2015

Masa :

Tingkatan 3, 4 dan 5 : 10.30 pagi – 1.00 petang
Tingkatan 1 dan 2 : 12.30 tengahari – 3.30 petang

Tempat :

Dewan Terbuka : 3PM1 – 3BST1, 4SN1 – 4SN3, 5SN1 – 5SN4
Bilik Darjah : Tingkatan 1, 2 dan kelas Sains Sosial

Semoga ibu bapa atau penjaga dapat hadir untuk mengetahui perkembangan dan pencapaian akademik (Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015) & sahsiah anak-anak melalui guru tingkatan kelas masing-masing.

Sekian, terima kasih.

Latihan Kebakaran Fasa 1 Tahun 2015

Latihan Kebakaran Fasa 1 2015 006

Pada 17 Jun 2015 (Rabu) yang lepas, telah diadakan Latihan Kebakaran Fasa 1 yang melibatkan 2 sesi iaitu pagi dan petang. Latihan kebakaran yang diadakan ini bertujuan untuk meningkatkan kesiapsiagaan pelajar menghadapi situasi sebenar kebakaran.

Pada sesi pagi, latihan kebakaran diadakan pada jam 10.20 pagi. Masa dicatatkan sebanyak 4 minit 15 saat jauh mengatasi masa sasaran iaitu 2 minit 30 saat. Namun begitu, latihan kebakaran sesi pagi telah ditangguhkan selepas 20 minit kerana hujan.

Pada sesi petang pula, latihan kebakaran telah melibatkan jentera bomba dengan anggota seramai 9 orang. Loceng telah dibunyikan tepat jam 2.30 petang. Masa dicatatkan adalah lebih baik iaitu 3 minit 45 saat. Di samping itu, demonstrasi memadam kebakaran telah dilakukan oleh anggota bomba dan juga menyelamat mangsa. Latihan sesi petang tamat pada jam 3.20 petang dan keadaan adalah terkawal.

Sekian.

En. Wan Adha bin Wan Hanaffee
Penyelaras 3K
SMK Skudai

Lagi gambar di Facebook rasmi SMK Skudai.

Salam Perpisahan kepada Pn Roslina Saad dan Pn Norfhadilla Abd Aziz

Salam Perpisahan

Salam perpisahan kepada Pn. Roslina binti Saad dan Pn. Norfhadilla binti Abdul Aziz, yang akan meneruskan perkhidmatan mereka sebagai pendidik di sekolah baharu.

Pn. Roslina binti Saad
Tempoh Perkhidmatan di SMK Skudai : 1 Disember 2009 – 17 Jun 2015
Akan berkhidmat di : SMK Taman Dato’ Harun, Petaling Jaya

Pn. Norfhadilla binti Abdul Aziz
Tempoh Perkhidmatan di SMK Skudai : 1 Julai 2013 – 17 Jun 2015 ( Interim : 1 Mac 2013 – 30 Jun 2013 )
Akan berkhidmat di : SMK Kepong

Kami, semua warga SMK Skudai mendoakan yang terbaik buat Pn Roslina dan Pn Norfhadilla. Selamat bertugas di tempat baharu.

Satu majlis perpisahan telah diadakan pada 17 Jun 2015 (Rabu), pada pukul 6.10 pm di Dewan Terbuka SMK Skudai. Gambar-gambar sekitar majlis telah dimuat naik ke Facebook rasmi SMK Skudai.

Sekitar Majlis Sambutan Hari Guru 2015 Peringkat Sekolah

Hari Guru 2015 Berkumpulan-edited-resized

Tarikh : 17 Mei 2015 (Ahad)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Terbuka, SMK Skudai
Tema Hari Guru 2015 : “Guru : Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak”

Aturcara Majlis

7.20 pagi – Perarakan Hari Guru
7.45 pagi – Acara Rasmi
8.45 pagi – Persembahan Guru & Pelajar
10.00 pagi – Rehat
10.30 pagi – Sukaneka
1.00 petang – Jamuan Guru
1.40 petang – Bersurai

Lagi gambar di Facebook rasmi SMK Skudai.

Selamat Bercuti kepada semua warga SMK Skudai

cuti_sekolah

Cuti Pertengahan Tahun 2015 telah bermula pada hari ini (29 Mei 2015) hingga 13 Jun 2015. Sekolah akan dibuka semula pada 14 Jun 2015 (Ahad).

Diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan masa cuti selama dua minggu ini dengan membuat ulangkaji pelajaran dan menyiapkan latihan cuti yang diberi oleh guru. Ibubapa dan penjaga pula diharapkan dapat meluangkan lebih masa dengan anak-anak. Semoga pelajar sentiasa sihat dan selamat sepanjang cuti sekolah ini.