Majlis Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tahun 2017

Tarikh : 2 April 2017 (Ahad)
Masa : 7.30 pagi (Sesi Pagi), 1.10 petang (Sesi Petang)
Tempat : Dewan Terbuka PIBG, SMK Skudai

Barisan PRS Sesi Pagi 2017
Barisan PRS Sesi Pagi 2017
Barisan PRS Sesi Petang 2017
Barisan PRS Sesi Petang 2017

Pendahuluan

Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) adalah untuk melatih para murid  untuk menguasai kemahiran membantu agar mereka dapat membantu rakan murid yang memerlukan pertolongan dari segi emosi, sosial mahupun mental di samping melatih mereka membantu diri sendiri.

Matlamat

1. Memberi pengiktirafan kepada murid yang terpilih
2. Memperkenalkan kepada murid – murid barisan PRS tahun 2017
3. Memberi contoh teladan kepada murid mengenai pelaksanaan majlis rasmi.

Objektif

1. Memberi pengiktirafan dan semangat PRS supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh bertanggungjawab.
2. Meningkatkan tahap motivasi murid yang terpilih untuk menjalankan tugas dengan baik.
3. Menggalakkan murid lain agar dapat mencontohi rakan – rakan yang terpilih.

Falsafah PRS

Sebagai Pembimbing Rakan Sebaya, anda perlu sentiasa menghayati falsafah Pembimbing Rakan Sebaya iaitu; “Membantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain”. Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk meningkatkan kecemerlangan diri. Oleh itu, anda seharusnya berusaha meningkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kreativiti dan keimanan.

Visi PRS

Menjadi Pembimbing Rakan Sebaya Yang Terbilang Di Malaysia.

Misi PRS

Membangun Diri Dan Orang Lain Supaya Trampil Lebih Berkesan.

Lagi gambar di Galeri SMK Skudai.