Majlis Pelancaran VLE FROG SMK Skudai Tahun 2017

Tarikh : 12 Mac 2017 (Ahad)
Masa : 7.15 pagi (Sesi Pagi), 1.10 petang (Sesi Petang)
Tempat : Dewan Terbuka PIBG, SMK Skudai

Pelancaran VLE FROG SMK Skudai 2017

Untuk julung-julung kalinya, pihak sekolah telah melancarkan VLE FROG pada 12 Mac 2017. Dalam majlis pelancaran, seramai 24 orang pelajar telah menerima watikah pelantikan sebagai FROG CHAMPIONS.

Antara tugas utama FROG CHAMPIONS adalah membantu Penyelaras VLE FROG dalam hal-hal mengemaskini laman VLE FROG sekolah, mengemaskini versi perisian dan menyelenggara netbook sekolah, mempromosikan VLE FROG kepada warga sekolah serta memastikan kelancaran aktiviti-aktiviti yang dirancang.

Matlamat

  1. Meningkatkan profesionalisme guru.
  2. Mengoptimumkan penggunaan VLE FROG dalam kalangan guru dan pelajar.

Aktiviti-aktiviti 2017

  1. Pengedaran ID YES kepada semua pelajar Tingkatan 1 hingga Pra-U A
  2. Pertandingan Site Kokurikulum Terbaik
  3. Pertandingan Site Kelas Terbaik
  4. Penyampaian sijil penghargaan kepada Top 10 Pelajar Aktif Bulanan
  5. Bengkel VLE FROG (Guru dan Pelajar)
  6. Pertandingan menghias sudut VLE FROG kelas

Lagi gambar di Galeri SMK Skudai.