Tarikh : 15 Januari 2017 (Ahad)
Masa : 7.15 pagi (Sesi Pagi), 1.10 tengahari (Sesi Petang)
Tempat : Dewan Terbuka PIBG, SMK Skudai
Kempen Adab dan Sopan Santun Budaya Kita adalah dibawah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Panitia Pendidikan Islam. Ianya akan dilaksanakan sepanjang tahun 2017.
Aktiviti yang akan dijalankan :
- Kempen 3S (Senyum, Sapa dan Salam)
- Anugerah Pelajar Sahsiah Terpuji
- Budaya mendengar dan fokus di perhimpunan
- Amalan beratur dan terkawal dalam pergerakan
- Bercakap dengan nada suara yang rendah, lemah lembut dan menggunakan bahasa yang sopan
- Tepuk semangat SMK Skudai
Lagi gambar di Galeri SMK Skudai.