Majlis Pelancaran Program Fitness for Living

Tarikh : 25 Februari 2017 (Sabtu)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Dewan Terbuka PIBG, SMK Skudai
Anjuran : KEBIRUS 2017 SMK Skudai dengan kerjasama Unit 3K (Keceriaan, Keselamatan, Kebersihan)

Pelancaran Fitness for Living

Rasional

Saban hari kita mendengar tentang kualiti kesihatan para penjawat awam yang semakin menurun. Kesan daripada pemakanan yang tidak seimbang, tekanan bebanan kerja dan kurangnya masa untuk melakukan aktiviti untuk beriadah merupakan penyebab kepada penurunan kualiti kesihatan para penjawat awam. Oleh itu, Program Fitness for Living ingin dijalankan bagi meningkatkan kualiti atau tahap kesihatan para penjawat awam SMK Skudai.

Matlamat 

Sebagaimana yang kita ketahui, kesan daripada tekanan bebanan kerja yang tinggi dan pemakanan yang tidak seimbang mengakibatkan penurunan kualiti kesihatan

Objektif

  • Menghasilkan guru yang sihat, cergas dan bebas daripada tekanan
  • Mengeratkan silaturrahim di antara rakan sekerja
  • Mengurangkan risiko penyakit-penyakit kronik dikalangan penjawat awam

Lagi gambar di Galeri SMK Skudai.